Wednesday, August 10, 2011

PENUH RAHSIA BERULANG


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PENUH RAHSIA BERULANG

Sebagai Muslim, eloklah kita semua tahu berapa hurufkah Al-Fatihah itu. Dalam kitab muktabar Tuhfah ada dinyatakan bahawa jumlah huruf Al-Fatihah itu ialah 141. Jumlahnya yang 141 ini boleh anda temui dalam mushaf lama di Nusantara ini (Mushaf Kufah) dan dalam Tafsir Mahmud Yunus pun ianya mempunyai 141 huruf. Namun dalam mushaf baru yang diedarkan oleh Kerajaan Arab Saudi (Mushaf Tajwid), jumlah hurufnya 139 saja, bukan 141. Huruf Alif pada dua perkataan Sirat telah digantikan dengan Fathah dalam Mushaf Tajwid edaran Kerajaan Arab Saudi.

Bacalah yang tersurat, cuba fahami yang tersirat. Dalam kajian yang saya jalankan selama lebih 20 tahun, saya dapati bahawa ejaan yang lengkap untuk Surah Al-Fatihah ialah 141 huruf. Saya yakin bahawa inilah ejaan tauqifi (yang asal). Al-Fatihah terdiri dari 7 Ayat. Basmalah adalah Ayat Pertama dalam Al-Fatihah. Dari 28 jenis huruf Arab, ada 21 jenis huruf dalam Al-Fatihah. 7 jenis huruf tidak ada dalam Al-Fatihah. Dari 21 jenis huruf itu, ada 14 jenis huruf Fawatih sementara 7 jenis huruf lagi bukan Fawatih. Ada 14 Sabdu dalam Al-Fatihah.

Kalau mahu diringkaskan kajian selama lebih 20 tahun itu, Al-Fatihah 141 Huruf adalah ibarat 'computer chip' bagi seluruh Al-Qur'an. InsyaAllah, ia menjadi asas yang akan membuktikan kebenaran keseluruhan Al-Quran itu dari sudut kejituan matematik. Kajian yang saya lakukan bukan kajian Kod 19. Saya dapati bahawa Rashad Khalifa telah salah dan menyimpang dalam kajian beliau. Secara peribadi saya menolak kajian beliau dan saya dapati bahawa Al-Qur'an bukan tertakluk kepada Kod 19. Al-Qur'an tidak tertakluk kepada sesuatu formula dan kerana itu ianya mustahil untuk ditiru.

Untuk memperhatikan adanya tanda-tanda (indicators) bahawa Al-Fatihah itu 141 huruf, kita boleh ambil jenis huruf-huruf Basmalah (10 jenis huruf) dalam Al-Fatihah dan kita jumlahkan. Kita akan dapat TEPAT JUMLAH BERULANG 111 HURUF jika jumlah huruf Al-Fatihah itu 141. Itu adalah salah satu tandanya. Ada LAUTAN tanda yang menunjukkan bahawa Al-Fatihah itu 141 huruf. Bila ianya banyak dan sentiasa ada (ditemui tanda-tanda yang baru), ia jadi bahan bukti dari sudut matematik. Saya dapati bahawa Al-Fatihah itu sendiri dapat buktikan bahawa ia sepatutnya berapa huruf. Itulah antara mukjizat Al-Fatihah.

Saya dapati bahawa Al-Fatihah mempunyai rahsia berulang-ulang dan serupa-serupa dari sudut matematik. Ianya tidak lari dari keadaannya (bila dibaca) dimana ada perkataannya yang serupa-serupa dan diulang-ulang. Ia juga tidak dari dari keadaan Al-Fatihah itu sendiri yang dibaca berulang-ulang dalam solat. Saya dapati bahawa fenomena ini tiada bercanggah sedikit pun.

Al-Hijr 015:87. Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai Muhammad) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh Al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya. 

Al-Fatihah itu sendiri adalah mukjizat terbesar dari sudut matematik. Di zaman komputer yang serba canggih dimana perkiraan yang amat kompleks dapat dilakukan dengan amat pantas, Al-Fatihah tidak akan terdaya ditiru oleh manusia mana pun, walaupun mereka ini pakar-pakar dan genius. Saya paparkan Al-Fatihah yang lengkap 141 huruf untuk rujukan anda semua:



"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat."

JUMLAH HURUF 141 : 2323 JUMLAH ANGKA MUFRAD
71 HURUF POSISI GANJIL ANGKA MUFRAD 1212 : 1111 ANGKA MUFRAD 70 HURUF POSISI GENAP
JENIS 70 HURUF AWAL ANGKA MUFRAD 232 : 323 ANGKA MUFRAD JENIS 70 HURUF AKHIR

Az-Zumar 039:23. Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara), yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram, kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah, Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.
Sedarilah bahawa saya bukan menyatakan sesuatu yang baru. Ianya tentang Surah yang sudah sedia ada dalam Al-Qur'an. Saya pun tidak buat apa-apa perubahan. Saya hanya laporkan apa yang saya temui menggunakan kaedah-kaedah tertentu sebagai bukti. Saya harap pendedahan saya ini akan melahirkan ramai pengkaji-pengkaji yang jauh lebih berkemampuan dari saya yang banyak kekurangan ini. Teruskanlah kajian jika anda mampu, dan temuilah berbagai kehebatan yang tiada taranya sebagai bukti kebenaran Al-Qur'an. Berdoalah ke hadrat Allah agar Dia tambahkan ilmu kepada kita.

Seluruh umat Islam perlu sedar bahawa Al-Qur'an itu (yang diwahyukan menerusi lidah Jibril) ada huruf dan ada suara (bila sampai kepada Muhammad s.a.w.). Dan di sebalik setiap bacaan ayat-ayat Al-Qur'an ada huruf-huruf yang secara jelas telah dibunyikan. Jika tidak, mana mungkin lahirnya ilmu Tajwid sebab ilmu tersebut mengkaji bunyi huruf dan bunyi kombinasi huruf. Kemudian seluruh wahyu yang diturunkan itu telah disusun ke dalam mushaf (di zaman Saidina Uthman r.a.) dan ini menjadikan huruf dan ejaan dalam Al-Qur'an semakin penting. Sebenarnya huruf dalam Al-Qur'an itu amat penting. Ini dapat dilihat dengan adanya dalil huruf-huruf rumuz dalam Al-Qur'an. Tidak ada kitab lain yang mempunyai huruf-huruf rumuz melainkan Al-Qur'an. Renungkanlah.

Atas kesedaran ini jugalah, sarjana-sarjana Islam telah menghitung jumlah huruf dalam Al-Qur'an. Dalam buku berjudul Al-Qur'an Dari Masa Ke Semasa karya Kiyai Haji Moenawwar Chalil, ada dicatat bahawa jumlah Huruf Alif ialah 50,742, Ba 11,428, Ta 3,205, Tsa 2,404, Jim 4,322, Ha 4,130, Kha 2,505, Dal 2,978, Zal 4,930, Ra 12,246, Zai 1,680, Sin 5,996, Syin 2,115, Sad 2,037, Dhad 1,632, Tho 1,274, Dzo 842, 'Ain 9,417, Ghin 1,217, Fa 8,419, Qaf 6,613, Kaf 10,552, Lam 35,490, Mim 25,955, Nun 45,190, Waw 2,586, Ho 1,670 dan Ya 4,919. Semua huruf-huruf ini berjumlah 269,544. Mengapakah begitu telitinya para sarjana Islam hinggakan huruf-huruf Al-Qur'an pun dihitung? Inilah antara bukti kebenaran Islam sebenarnya. Hinggakan huruf-huruf Al-Qur'an pun terpelihara. MasyaAllah.

Saya tulis artikel ini bersebab. Ada mesej yang hendak saya sampaikan. Mesejnya mudah. Al-Fatihah itu 141 Huruf. Jika kurang atau berganjak walau satu huruf, FENOMENA BERULANG dari sudut matematik tidak akan berlaku. Kerana pentingnya huruf-huruf dalam Al-Qur'an, saya menyeru kalau boleh anda hafalkanlah huruf-huruf Al-Fatihah itu. Bukannya banyak, hanya 141. Hafalkanlah, hingga kalau anda baca Al-Fatihah, anda nampak satu demi satu huruf di dalam minda anda. InsyaAllah, ia akan sebati dalam diri anda sendiri. Selain dari dibaca dalam solat, Al-Fatihah itu banyak kegunaannya untuk umat Islam sesuai dengan kedudukannya sebagai Ibu Al-Qur'an.

Susunan huruf-huruf Al-Fatihah itu AMAT RAPI sebenarnya. Dan anda patut tahu bahawa ALIF dalam Sirat (Pertama) itu adalah HURUF KE 88 dari pangkal. Dan ada 99 HURUF sebelum ALIF dalam Sirat Kedua (termasuk ALIF dalam Sirat Pertama). Antara dua ALIF ini, ada 11 HURUF. Di situlah letaknya 8 HURUF yang membentuk perkataan AL-MUSTAQIM. Malah, ayat ini amat penting dalam Al-Fatihah sebab maksudnya ialah "Tunjukkanlah kami jalan yang lurus..". Ini salah satu (dari lautan bukti) menunjukkan bahawa ALIF patut ada pada ejaan Sirat, bukan sebaliknya dan ejaan yang lengkap bagi Al-Fatihah ialah 141 huruf.

Bijak pandai Islam tentu dapat mengesahkan bahawa Ayat Ke 6 itu (Ihdinas Siratal Mustaqim) adalah tujuan utama dalam Al-Fatihah. Ayat-ayat yang lain semuanya menuju kepada tujuan permohonan di Ayat Ke 6 ini. Ianya mendapat jawapan langsung (direct) dari Allah dengan firmanNya: "Haza li'abdi wali'abdi ma sa'al" maksudnya "Inilah hambaKu dan untuk hambaKu apa-apa yang dia minta". Sedarlah tentang kebesaran Al-Fatihah, salah satu dari DUA CAHAYA yang tidak pernah diturunkan kepada Rasul mana pun sebelum Muhammad s.a.w. Satu CAHAYA lagi ialah 2 Ayat di akhir Surah Al-Baqarah, maksudnya:

Al-Baqarah 002:285. Rasul telah beriman kepada Al Qur'an yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya dan rasul-rasulNya. (Mereka mengatakan): ‘Kami tidak membeda-bedakan antara seseorang pun (dengan yang lain) dari rasul rasulNya’, dan mereka mengatakan: ‘Kami dengar dan kami taat’. (Mereka berdoa): ‘Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali’.
Al-Baqarah 002:286. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala (dari kebaikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): ‘Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir’.
Semoga dengan catatan ini, anda dan saya juga akan mempunyai kesedaran yang lebih tinggi mengenai kebenaran Al-Qur'an dan kebenaran Islam. Sesungguhnya Al-Qur'an itu benar-benar kitab dari sisi Allah Yang Maha Perkasa, Maha Penghitung, Maha Bijaksana.

Wassalam.

Nota: Fawatih adalah huruf-huruf rumuz pembuka surah seperti Alif Lam Mim dan sebagainya, dalam 29 dari 114 surah Al-Qur'an.

ENGLISH:

As Muslims, it is better for us to know how many letters Surah Al-Fatihah contains. Written in kitab muktabar Tuhfah, Al-Fatihah contains 141 letters. This can be found in Mushaf Kufah (widespread in Nusantara). Even in Tafsir Mahmud Yunus (Malay translation) the letters are 141. But in newer mushafs distributed freely by the Saudi Arabia throughout the world (Mushaf Tajwid), there are only 139 letters. The letter Alif in Sirat has been substituted by Fathah in this Saudi version.

Read what is written, try to understand what is written in between the lines. In my research done since more than 20 years ago, I've found that the complete letters for Surah Al-Fatihah was 141. I'm confident that it was taufiqi (the original spelling). Al-Fatihah has 7 Ayats. Basmalah is the First Verse in Al-Fatihah. From 28 Arabic letters, there are 21 types of letters in Al-Fatihah, the remaining 7 types are not. From these 21 types, 14 are Fawatih while 7 are not. There are 14 Sabdus in Al-Fatihah. Maybe most of you already knew these, I write it here just to confirm.

If I were to put my research findings in just a few words, I may say that Al-Fatihah (141 letters) are like microprocessors with regards to the whole of Al-Qur'an. It is 'inside' but it 'contains' all that are 'outside' it. InsyaAllah, it is the mathematical foundation proving the authenticity of Al-Qur'an and its mathematical precision. My research was not Code 19. I've found out that Rashad Khalifa was not true in his research. Personally I'm not with him and I do not agree that Al-Qur'an follows or abide to Code 19. From what I found out, Al-Qur'an did not follow or abide to any formula and this property makes it's Ayats or Surahs impossible to be imitated by human hands or human computers. (Anyone can write anything then claims that it is as authentic but we will know through research that it is just a useless fake).

To see indicators that shows Al-Fatihah has 141 letters, we can pick-up those letters (in Al-Fatihah) that are similar in type with letters of Basmalah (10 types of letters) and sum it up. We will get EXACTLY A REPEATING SUM 111 if the sum of all letters in Al-Fatihah is 141. That is just one of OCEANS of indicators (mathematically) proving that Al-Fatihah has 141 letters. I've found out that Al-Fatihah itself can prove how many letters it actually has. That's one of Mukjizats of Al-Fatihah.

I've found out that Al-Fatihah has 'repeating' and 'look alike' secrets in terms of mathematical proofs. These phenomena is also seen in how certain words and verses are repeated. It can also be seen in how Al-Fatihah is repeatedly read in solats. I've found that these phenomena were dominant and not contradicting.

Refer to Surah Al-Hijr 015:87

Al-Fatihah itself is the greatest mukjizat in area of mathematics. In this 'very sophisticated computer ability' era, any complex calculations can be carried out very fast. But one fact remains. Al-Fatihah (and the whole Al-Qur'an) cannot be imitated by any human (or jins combined), however genius and expert they are. Please refer to Al-Fatihah image above.

SUM OF LETTERS 141 : 2323 SUM OF GEMATRIA NUMBER
71 LETTERS IN ODD POSITIONS, ITS GEMATRIA SUM IS 1212 : 1111 IS THE GEMATRIA SUM OF 70 LETTERS IN EVEN POSITIONS
IN 70 EARLIER LETTERS, ITS TYPES HAVE GEMATRIA NUMBER 232 : 323 IS THE GEMATRIA NUMBER OF LETTER TYPES IN 70 LATTER LETTERS.

Refer to Surah Az-Zumar 039:23

I do not write anything new, the Surah is already in the Al-Qur'an. And I do not change anything. I just report what I've found out using one of the countless ways to prove. I hope what I reveal will motivate many Muslim researchers and experts to dig in more and more inside Al-Fatihah and Al-Qur'an and find greatest proofs that makes unbelievers' mind screaming and thoughtless.

Some dedicated Muslim ulama's have devoted their time counting the letters in Al-Qur'an. According to a book entitled Al-Qur'an Dari Masa Ke Semasa by Kiyai Haji Moenawwar Chalil, the letters are thus Alif 50,742, Ba 11,428, Ta 3,205, Tsa 2,404, Jim 4,322, Ha 4,130, Kha 2,505, Dal 2,978, Zal 4,930, Ra 12,246, Zai 1,680, Sin 5,996, Syin 2,115, Sad 2,037, Dhad 1,632, Tho 1,274, Dzo 842, 'Ain 9,417, Ghin 1,217, Fa 8,419, Qaf 6,613, Kaf 10,552, Lam 35,490, Mim 25,955, Nun 45,190, Waw 2,586, Ho 1,670 dan Ya 4,919. All these letters will sum up to 269,544.

If you are a Muslim, please memorize all 141 letters of Al-Fatihah. May Allah bless you.

Note: Only key contents were translated.



Semoga Allah SWT merahmati kita semua.
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم


No comments:

Post a Comment