Wednesday, August 10, 2011

SERUAN KEPADA ISLAM

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

SERUAN KEPADA ISLAM

Nota: Akhir-akhir ini di FB dan beberapa laman sosial yang lain, beberapa individu dan kumpulan telah 'dengan gembiranya' mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang amat keterlaluan menghina Allah SWT, Nabi Muhammad SAW, Islam dan Al-Qur'an. Mungkin sebahagian dari mereka lahir dalam keluarga Muslim tapi telah terpesong. Mudah-mudahan mereka dapat membaca artikel-artikel yang saya kongsikan di sini dan berfikir. Mudah-mudahan hati mereka akan terbuka untuk kembali kepada Islam. - Hibatullah Yusof Al-Haj

Mungkin artikel yang menyentuh isu seperti ini dianggap oleh sebahagian orang sebagai sudah basi. Saya sendiri anggap ia isu lama, isu yang sudah bermula sejak dari zaman Adam a.s. Namun eloklah kita renung-renung kembali, kerana hakikat rasul demi rasul di utus kepada umat manusia pun bertitik-tolak dari fenomena Islam keturunan, dan bagaimana anak-cucu dari keluarga Muslim sudah berubah akidah, sudah sesat, sudah murtad, sudah melupakan agama asal yang dianuti oleh nenek-moyang mereka.

Adakah Islam ini agama yang diwarisi nenek-moyang? Ia adalah agama kepada bapa segala manusia di muka bumi, Adam a.s. Satu demi satu Rasul yang diutus sebenarnya menyampaikan agama Islam. Cuma syari'atnya berbeza, sesuai untuk sesuatu zaman, diturunkan dengan ilmu Allah Yang Maha Mengetahui hakikat hamba-hambaNya. Bagi kita umat Muhammad s.a.w., syari'at yang ada pada kita adalah sambungan dari syari'at Ibrahim Khalilullah, iaitu rasul yang darinya juga lahir Nabi Daud a.s. (kitab suci yang diturunkan ialah Zabur), Nabi Musa a.s. (kitab suci yang diturunkan ialah Taurat), Nabi Isa a.s. (kitab suci yang diturunkan ialah Injil) dan Nabi Muhammad s.a.w. sendiri (kitab suci yang diturunkan ialah Al-Qur'an). Bagi rasul-rasul lain pula, telah diturunkan suhuf (kitab-kitab kecil) yang mana menurut sebahagian ulamak berjumlah 100 buah kesemuanya, menjadikan kesemua kitab yang pernah diwahyukan kepada umat manusia berjumlah 104 buah.

Islam adalah agama yang tertua, bukan agama yang termuda. Tapi yang istimewanya, Islam adalah agama yang sesuai untuk semua zaman, sejak dari zaman umat Adam a.s. hinggalah zaman umat Muhammad s.a.w. (yang menjadi rasul terakhir, dan syari'at yang dibawa oleh baginda menyambung syari'at Ibrahim a.s. dan ia akan terus diamalkan hingga kiamat). Ini berbeza dari agama Yahudi atau Kristian atau mana-mana agama lain. Walaupun agama Yahudi dan Kristian digelar juga agama sam'iyat (semitic) atau "agama langit", agama Yahudi dan Kristian sebenarnya telah terpisah dari agama yang dianuti oleh Adam a.s., Nuh a.s., serta nabi-nabi lain yang ada disebut dalam Al-Qur'an. Agama Yahudi dan Kristian sudah terpisah dari aliran agama asal, agama benar, agama dari sisi Allah, iaitu Islam. Sebab itu penganut agama Yahudi dan Nasrani menghadapi kesukaran untuk faham bagaimanakah sepatutnya mereka berpendirian terhadap agama rasul-rasul terdahulu, sebab Yahudi dan Nasrani sebenarnya telah keluar dari landasan agama asal, Islam.

Sebenarnya orang Yahudi sendiri tidak dapat pisahkan diri mereka dari menyatakan "selamat" atau "sejahtera". Bila mereka bertemu sesama mereka, akan keluarlah ucapan "shalom". Perkataan itu adalah lanjutan dari istilah "Islam" iaitu agama sebenar yang telah disampaikan oleh nabi Musa a.s. kepada Bani Israel di zaman baginda. Bagi umat Islam, tentulah kita dapat faham dengan lebih jelas mengenai kepentingan mengucap salam sesama Muslim, dan dalam Al-Qur'an sendiri ada termaktub bahawa ahli-ahli syurga mengucap salam sesama mereka dan mereka bersyukur kerana hidup dan mati sebagai orang yang beriman (Muslim).

Yahudi dan Nasrani walaupun didakwa sebagai agama semitic, ia sebenarnya sudah keluar dari landasan agama asal, atau agama yang sebenar. Kerana itu jugalah mereka tidak boleh buat apa-apa (lantaran kesesatan itu), melainkan cuba merendah-rendahkan nabi-nabi dan rasul-rasul lain yang diutus untuk menyampaikan agama Islam sebelum dan selepas mereka, agar umat mereka menganggap bahawa agama Yahudi dan Nasranilah yang betul, sedangkan merekalah yang sebenarnya sudah sesat.

Untuk tahu sama ada agama Yahudi dan Nasrani sudah sesat ataupun tidak, bacalah mengenai nabi-nabi lain (Adam, Nuh, Hud, Saleh dan lain-lain) dan persaksikanlah adakah mereka ini dianggap sebagai Tuhan oleh umat mereka. Kemudian fikirkanlah secara logik, layakkah seorang manusia dianggap Tuhan? Setelah itu, fikirkanlah tentang sejauh mana benarnya agama Nasrani itu (yang menganggap Isa a.s. sebagai Tuhan). Sebagai manusia yang berakal, tentulah kita dapat berfikir bahawa jika benarlah satu-satu agama itu (datang dari sisi Allah), tentulah ada kesinambungannya sejak dari zaman Adam a.s. Hanya agama Islam yang ada kesinambungan, kerana Nabi Musa a.s. dan Isa a.s. itu pun beragama Islam dan tidak rela umatnya sesat menjadi Yahudi atau Nasrani.

Maka jikalau kita gunakan istilah "memeluk Islam" atau "masuk Islam", ia sebenarnya bererti "kembali kepada kebenaran", "kembali kepada agama fitrah", "kembali ke pangkal jalan" atau "kembali kepada agama Allah". Masuk Islam atau memeluk Islam bukanlah menganuti agama yang baru, tapi kembali kepada kebenaran, atau cara hidup yang sebenar.

Artikel ini tidak bertujuan untuk bias atau merendahkan agama-agama lain. Saya tulis ini agar anda kaji apakah benar apa yang sudah saya catat. Kerana itulah juga, sesiapa yang mengkaji berbagai-bagai agama dan membaca berbagai-bagai kitab agama-agama, akhirnya mereka memeluk Islam atau "kembali kepada agama yang tulen" kerana tidak terdaya untuk menolak hakikat kebenaran Islam sebagai agama yang mula-mula sekali dianuti oleh umat manusia, dan sentiasa diulangi seruan (melalui rasul demi rasul yang diutus) agar anak-cucu yang tersesat itu kembali semula kepada Islam. Itulah hakikatnya.

Kerana itu juga, hendaknya janganlah kita hanya Islam pada keturunan, atau Islam hanya pada nama. Kita perlu tahu apakah sebenarnya Islam itu dan menghayatinya, mempraktikkannya serta mengagungkannya. Dulu di Nusantara ini, agama Islam berkembang luas hingga berjaya mengislamkan orang-orang Melayu hanya dalam tempoh 60 tahun. Hinggakan pada masa sekarang ini, seolah-olah wujud satu kepercayaan bahawa kalau dia Melayu, maka agamanya tentulah Islam. Namun, berkembangnya Islam di Nusantara ini pada awalnya (antaranya) adalah bersebab dari kekaguman masyarakat ketika itu terhadap kebolehan mistik yang digunakan oleh Wali-Wali Sembilan untuk mengalahkan sami-sami Hindu (agama ini adalah agama mistik). Maka mereka masuk Islam beramai-ramai, tanpa persediaan yang mencukupi dari segi akidah dan tanpa ilmu yang mencukupi untuk faham bahawa Islam sebenarnya adalah cara hidup. Lantaran itu, jika mereka tidak mendalami Islam, mereka masih tetap mengamalkan adat-adat Hindu dan menganggap bahawa itu "budaya Melayu". Bila mereka berketurunan maka adat istiadat itu diturunkan pula kepada anak cucu, dicampur-adukkan dengan sebanyak-sedikit pengetahuan mereka mengenai Islam itu sendiri. Hal ini sudah berlaku lebih 600 tahun di Nusantara ini, terutamanya di kalangan "Islam Abangan". Ini menyebabkan akidah sebahagian Muslim di Nusantara amat rapuh.

Menganggap Islam itu terpisah dari cara hidup adalah anggapan yang salah. Cara berfikir itu adalah cara berfikir sekular. Kalau kita Islam tapi cara hidup kita Kristian atau Hindu, walaupun kita tidak pergi ke Gereja atau Kuil, dan walaupun kita masih kata bahawa kita Islam, kita bimbang bahawa kita hanya Islam pada nama, malah kita bimbang mungkin akidah kita mudah tergelincir akibat ceteknya kefahaman kita mengenai Islam itu sendiri. Islam itu Addin atau cara hidup. Kerana itu setiap Muslim itu tidak cukup jadi Muslim hanya pada nama tapi tidak mempraktikkan Islam. Kerana itu jugalah rasul demi rasul diutus, agar anak-cucu tidak hanya mewarisi nama Islam tapi mewarisi cara hidup Islam yang sebenar.

Saya dapat PM dari aspamlela yang meminta saya tulis sebanyak sedikit mengenai Islam kerana beliau terbaca satu e-mel (dari bukan Islam) yang antaranya mencatat begini: "What is Islam? Could anyone tell me why I feel boring in my beliefs. Please who know what is the best religion will make me happy?". Saya tulislah setakat yang saya termampu. Berikut adalah versi Bahasa Inggeris (bukan terjemahan tapi digarap cara lain) dan telahpun saya e-melkan kepada individu berkaitan. Jika anda mahu e-melkan kepada sesiapa yang lain, saya izinkan, tapi berikan pautan kepada Megasutra:

Islam: The Religion Of Happiness

You want to be happy? Read this message. If you can be happy after reading it, then surely there must be some truth in it. Embrace that truth and you will continue to be happy throughout your life.

Welcome to the world of thinkers. Those who find the truth are those who spend some of their valuable time thinking about happenings in this universe. Why is it here and why am I here? Do I just live and die like trees and animals around me? Sometimes I feel empty inside. I think that this have something to do with my belief. There must be something to believe in, something to fill this feeling of emptiness inside. But can it be filled with anything else beside the truth? No. There is no time for that. I want to live living the way of life, the true way of life.

Why am I unhappy and bored in my beliefs? Maybe it is just because I am not living the way of life, the way that God teaches his servant so that His servant can be happy because only God knows what are His servant's needs.

What is Islam? It means freedom, it means peace. It is the way of life. It is no doubt a religion but actually it is the religion, the actual religion, the original religion, the first religion of mankind. When we embrace Islam, we return to the original religion, the default religion of Allah, the only God of the Muslims and the only God of the whole mankind, the only God of the whole universe, the only God of the past, now and the future.

Does Islam actually the religion of our ancestors? It depends on what your near ancestors believe in. Maybe they have no religion at all, in another word they never associate all those they hear and see with who created all those things. Given sound minds, human can easily think that those happenings must have been created, and the creator is Allah, there is no other God but him. This is the fact all humans can think. You can know who was the first man on earth because his name was mentioned in the Books. His name was Adam, the Jews, Christians and Muslims knew that Adam and Eve were our first father and mother. What religion did Adam embraced? Read on.

Adam was a Muslim. Did Adam a Christian or a Jew? No. He was a Muslim. One who embrace Islam is called a Muslim. Islam is not just the religion of Muhammad (peace be upon him - pbuh) but Islam was the religion of all past prophets of God including Moses and Jesus, ever since Adam. Does religion belongs to a prophet? The answer is no. Islam belongs to Allah. He is the only founder of Islam. So if the religion does not belong to a prophet, then it is a big mistake to believe that a prophet is God. Moses, Jesus, Muhammad are just prophets of God, they were not Gods. They are just human beings.

Islam is the oldest religion, not the youngest religion. The uniqueness of Islam lies in the fact that it suits all time, all centuries, all civilizations. Ever since Adam until Muhammad (pbuh), this original religion was, still and continue to be known as Islam, the religion of peace. Muslims believe in one God (Allah) and believe in the after-life (akhirat). Since Adam, humans were thought the same thing, that there is only one God and the prophet (who spread Islam) is the prophet of God.

For your information, even though the Jews and Christians said that their religions are semitic enough (semitic means the religion of heaven), those religions have deviated from the original religion of God, they have deviated from the original teachings of Islam. They cannot accept that Adam, Solomon, Jacob, Abraham and other prophets all spread the same religion called Islam and thus should be treated equal as prophets of God. They will be facing problems trying to explain to you why did their religion called Christian (the religion of Jesus Christ) or Jew (the religion of Jehuza, son of Jacob). Or Hindu, or Buddha, whatever. Islam is the religion of God, it is unfair if Muslims or non-Muslims call it Muhammadism (the religion of Muhammad) because Muhammad (pbuh) was not the founder of Islam. Know this difference because Islam is not founded by humans.

When anybody embrace Islam, it means that he actually "returns to the original and true religion of God (Allah)". Now, all Muslims follow the teachings of Muhammad (pbuh) because he was the Last Prophet of God. Moses and Jesus were also prophets of God but they were meant for the people of their times (the Israelites). Moses and Jesus's original teachings were no doubt Islam, but nowadays their followers no longer follow what was originally thought by them. Muhammad (pbuh) was appointed by Allah to preach Islam once again, to remind the followers of Moses and Jesus that actually they have gone astray.

Thanks for your interest in Islam. As a Muslim, it is my responsibility to tell you about Islam, the religion of our first father, Adam. We encourage you to read, investigate, research and think before you believe. That's the beauty of Islam, unlike other religions that urge you to believe first then only you think, Islam respects your freedom of choice. Please remember: If you are sincere enough to find the truth, Allah will give you light.

Thanks for reading this. I pray that Allah will give you light to be with us. You can always e-mail me if you have any doubt about Islam. InsyaAllah (God's willing) my friends and I will help you.

May Allah bless us all,
IbnuYusof
Malaysia, South East Asia

Semoga Allah SWT merahmati kita semua.
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم



ISMUL AZAM – NAMA ALLAH YANG TERAGUNG

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ISMUL AZAM – NAMA ALLAH YANG TERAGUNG

Pencarian Ismul 'Azam Al-Husna, atau Asma' Al-Azim Al-Husna bermaksud Nama Allah Yang Teragung menjadi satu perkara yang menarik perhatian sarjana Islam zaman berzaman. Ini kerana nama itu dianggap yang paling agung dari semua asma' Allah yang diketahui oleh manusia. Umat Islam digalakkan berdoa dengan menyebut nama-nama Allah (Asmaul Husna) iaitu dengan menyebut nama yang sesuai untuk sesuatu permohonan yang sedang dipohon, dan tentulah Ismul 'Azam mendapat tempat yang lebih utama.

BERDOA DENGAN KHAUF DAN RAJA'
Berikut saya salinkan mafhum firman Allah mengenai adab-adab berdoa untuk renungan kita semua:

Ghafir 040:60. Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina.

Al-Baqarah 002:186. Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

Al-A’raf 007:55. Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.

Al-A’raf 007:56. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan khauf (bimbang kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan raja' (terlalu mengharapkan supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.

MENYERU ASMA' ALLAH APABILA BERDOA

Al-A’raf 007:180. Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.

Al-Isra’ 017:110. Katakanlah (wahai Muhammad): Serulah nama ‘Allah’ atau nama ‘Ar-Rahman’, yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka), kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.

Al-Hasyr 059:24. Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk, Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada), Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya), bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya, bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.

ISTANA BALQIS DIPINDAHKAN DENGAN MENYEBUT ISMUL 'AZAM

Sebahagian ulama' berpendapat bahawa Saidina Asif bin Barkhiya (Menteri Kanan kepada Nabi Sulaiman a.s.) telah memindahkan Istana Balqis dalam sekelip mata kerana beliau berdo'a dengan menyeru Ismul 'Azam yang bermaksud Ya Hayyu Ya Qayyum. Berikut adalah maksud ayat yang menceritakan mengenai kejadian itu:

An-Naml 027:39. Berkatalah Ifrit dari golongan jin: Aku akan membawakannya (Istana Balqis) kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah.

An-Naml 027:40. Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah (sebahagian ulama' berpendapat namanya 'Asif bin Barkhiya): Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata! Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah.

An-Naml 027:41. Nabi Sulaiman berkata pula (kepada orang-orangnya): Ubahkanlah keadaan singgahsananya itu, supaya kita melihat adakah ia dapat mencapai pengetahuan yang sebenar (untuk mengenal singgahsananya itu) atau ia termasuk dalam golongan yang tidak dapat mencapai pengetahuan yang demikian.

AL-HAYYU AL-QAYYUM SEBAGAI ISMUL 'AZAM

Ada berbagai pendapat mengenai apakah dia Ismul 'Azam. Diantara pendapat yang paling diketahui umum ialah Al-Hayyu Al-Qayyum (Yang Maha Hidup, Yang Maha Berdiri Sendiri). Untuk pengetahuan anda, dalam Al-Fatihah terdapat dua asma' yang diulang iaitu Ar-Rahman Ar-Rahim. Pertama ianya disebut dalam Ayat 1 (dalam Basmalah). Keduanya ia diulang lagi dalam Ayat 3. Dari segi Angka Mufrad, asma' Ar-Rahman Ar-Rahim itu BERULANG 181. Ada satu perkara yang istimewa mengenai asma' Al-Hayyu Al-Qayyum. Ia juga punya Angka Mufrad SERUPA BERULANG 181. Ini mungkin menjadi 'signal' kepada keutamaannya, mengatasi asma'-asma' yang lain.

Diriwayatkan oleh Imam Abdur Rahman bin Abu Hatim berasal dari Ibnu Abbas, bahawa Uthman bin Affan bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim, lalu Rasulullah menjawab: "Ia adalah salah satu dari Nama-Nama Allah begitu dekatnya kalimah Bismillah ini dengan Nama Allah Yang Teragung (Ismul 'Azam) seperti dekatnya biji mata yang hitam dengan biji mata yang putih."

Lihatlah betapa dekatnya asma' Ar-Rahman Ar-Rahim dengan Al-Hayyu Al-Qayyum dari sudut pembuktian matematik. Mungkin ini adalah salah satu BUKTI bahawa Al-Hayyu Al-Qayyum adalah Ismul 'Azam yang dimaksudkan. Wallahua'lam.

HANYA ADA TIGA TEMPAT DALAM AL-QUR'AN

Asma' Al-Hayyu Al-Qayyum hanya disebut 3 kali dalam Al-Qur'an. 2 kali ianya disebut sepenuhnya sebagai Al-Hayyu Al-Qayyum (Surah Al-Baqarah 2 Ayat 255 dan Surah Ali 'Imran 3 Ayat 2, sebagaimana juga Ar-Rahman Ar-Rahim dalam Al-Fatihah (dari itu jumlah Angka Mufradnya 181) sementara bagi Ayat Ke 3 (Surah Taha 20 Ayat 111), ia disebut sebagai "Lil Hayyil Qayyum". Berikut adalah Surah Al-Baqarah Ayat 255:

Berikut pula adalah Surah Ali 'Imran Ayat 2:

Sementara ini pula adalah Surah Taha Ayat 111:

Saya telah melakukan kajian yang agak komprehensif juga dari sudut matematik mengenai Al-Hayyu Al-Qayyum ini. Dalam artikel ini biarlah saya kongsikan antara yang termudah. Lihat pada nombor Surah dan Ayat: 2:255 kemudian 3:2 dan akhir sekali 20:111. Apakah yang anda nampak? Cuba CAMPUR MENDATAR semua nombor Surah dan Ayat itu satu persatu. 2:255 mendatar akan jadi 2:3. Bagi Surah 3:2 tidak perlu lagi dicampur mendatar. Bagi Surah 20:111 pula akan jadi 2:3. Kalau anda dekatkan, ia akan jadi 2:3 3:2 2:3. Cantik bukan? Mungkin anda nampak bahawa ia seolah-olah FOKUS pada 2:3. Kalau dirujuk kembali, maknanya ia FOKUS kepada Surah 2:255 (sebab yang ini ada menyebut asma' itu sebagaimana asalnya Al-Hayyu Al-Qayyum. Tentulah fenomena ini ISTIMEWA sebab Surah 2:255 itu adalah AYAT KURSI. Subhanallah. Dalam Ayat Kursi ada disebut 4 asma' iaitu Al-Hayyu Al-Qayyum, Al-Aliy dan Al-Azim.

Satu perkara lagi yang ingin saya kongsikan dengan anda ialah fenomena 2 asma' yang digabungkan. Lihat Ar-Rahman Ar-Rahim, ia 2 asma' digabungkan. Lihat pula Al-Hayyu Al-Qayyyum, ia juga 2 asma' yang digabungkan. Perhatikan Basmalah, ia bermula dengan huruf Ba berbaris bawah (yang bermaksud "dengan"). Ba itu juga punya Angka Mufrad 2. Subhanallah.

KESIMPULAN

Biarlah saya salinkan mafhum firman Allah yang ada menyentuh mengenai doa. Semoga dengan ini kita akan semakin banyak berdoa kepada Allah dan memohon semata-mata kepadaNya:

Taha 020:114. Maka Maha Tinggilah Allah, yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Benar (pada segala-galanya) dan janganlah engkau (wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu dan berdoalah dengan berkata: Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku.

Al-Furqan 025:74. Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.

An-Naml 027:19. Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu dan berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh.

As-Sajdah 032:16. Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh), mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya) dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.

As-Sajdah 032:17. Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.

Al-Ahqaf 046:15. Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai, dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).

Al-Ahqaf 046:16. Mereka (yang bersifat dengan sifat-sifat yang terpuji seperti itu) ialah orang-orang yang Kami terima dari mereka amalnya yang baik yang mereka telah kerjakan dan Kami ampunkan kesalahan-kesalahannya, (mereka akan dimasukkan) dalam kumpulan ahli Syurga, sebagai memenuhi janji yang benar, yang telah dijanjikan kepada mereka.

Al-Hasyr 059:10. Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmatMu.

Ghafir 040:7. Malaikat yang memikul Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji TuhanNya dan beriman kepadaNya, serta mereka memohon ampun bagi orang-orang yang beriman (dengan berdoa merayu): Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya, maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta menurut jalanMu dan peliharalah mereka dari azab Neraka.

Ghafir 040:8. Wahai Tuhan kami! Dan masukkanlah mereka ke dalam Syurga ‘Adn’ yang Engkau telah janjikan kepada mereka dan (masukkanlah bersama-sama mereka): Orang-orang yang layak di antara ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka, serta keturunan mereka. Sesungguhnya Engkaulah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Semoga Allah SWT merahmati kita semua.
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم



RAHSIA NAMA IBRAHIM KHALILULLAH

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

RAHSIA NAMA IBRAHIM KHALILULLAH

Sebagai Muslim, nama Ibrahim Khalilullah adalah nama Rasul yang paling kita kenali dan disebut banyak kali dalam solat selain nama Rasulullah s.a.w. sendiri. Nabi Ibrahim Khalilullah mendapat tempat yang istimewa di hati setiap umat Muhammad. Dalam artikel ini saya akan tumpukan kepada satu aspek yang mungkin tidak disedari oleh ramai orang Islam sendiri iaitu mengenai PERBEZAAN EJAAN NAMA IBRAHIM dalam Al-Qur'an. Sebelum itu izinkan saya mencatat mengenai gelaran Nabi Ibrahim dan beberapa ayat buat renungan:

GELARAN NABI IBRAHIM A.S.

Nabi Ibrahim Khalilullah adalah satu nama besar dalam Islam. Dalam satu riwayat Allah Ta’ala bertanya kepada semua Ulul Azmi: "Wahai Nuh siapa kamu? Aku Najiyallah (yang di lepaskan oleh Allah), Wahai Musa siapa kamu? Aku Kalamullah. Wahai Isa siapa kamu? Aku Ruhullah (Yang dimasukkan ruh oleh Allah ke dalam perut Siti Mariam tanpa bapa) Wahai Ibrahim siapa kamu? Aku Khalilullah (Teman bagi Allah) dan bila di tanya kepada baginda Rasulullah s.a.w. Wahai Muhammad siapa kamu? Maka jawab baginda s.a.w. aku Yatim (aku anak yatim tiada ibu dan ayah)."

NABI MUHAMMAD MENYAMBUNG SYARIAT IBRAHIM

Nabi Muhammad s.a.w. menyambung syariat Ibrahim a.s., iaitu Ulul Azmi yang mendahului Nabi Musa dan Nabi Isa a.s. Maknanya, penganut Yahudi dan Kristian kenal kepada Nabi Ibrahim a.s. termasuklah tempat-tempat suci yang dibangunkan oleh Nabi Ibrahim a.s. iaitu Kaabah dan Masjidil Aqsa. Agama Yahudi dan Kristian pun menganggap Masjidil Aqsa sebagai tempat suci agama mereka. Namun itulah persoalannya: Apakah mereka sanggup mendakwa bahawa Ibrahim Khalilullah beragama Yahudi atau Nasrani? Allah berfirman maksudnya:

Al-Baqarah 002:135. Dan mereka berkata: ‘Hendaklah kamu menjadi penganut agama Yahudi atau Nasrani, niscaya kamu mendapat petunjuk’. Katakanlah: ‘Tidak, bahkan (kami mengikuti) agama Ibrahim yang lurus. Dan bukanlah dia (Ibrahim) dari golongan orang musyrik’.

Al-Baqarah 002:136. Katakanlah (hai orang-orang mukmin): ‘Kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Yakub dan anak cucunya, dan apa yang diberikan kepada Musa dan Isa serta apa yang diberikan kepada nabi-nabi dari Tuhannya. Kami tidak membeda-bedakan seorang pun di antara mereka dan kami hanya tunduk patuh kepadaNya’.

Al-Baqarah 002:137. Maka jika mereka beriman kepada apa yang kamu telah beriman kepadanya, sungguh mereka telah mendapat petunjuk, dan jika mereka berpaling, sesungguhnya mereka berada dalam permusuhan (dengan kamu). Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Al-Baqarah 002:138. Shibghah Allah. Dan siapakah yang lebih baik shibghahnya daripada Allah? Dan hanya kepadaNyalah kami menyembah.

Al-Baqarah 002:139. Katakanlah: ‘Apakah kamu memperdebatkan dengan kami tentang Allah, padahal Dia adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu, bagi kami amalan kami, bagi kamu amalan kamu dan hanya kepadaNya kami mengikhlaskan hati,

Al-Baqarah 002:140. ataukah kamu (hai orang-orang Yahudi dan Nasrani) mengatakan bahwa Ibrahim, Ismail, Ishak, Yakub dan anak cucunya, adalah penganut agama Yahudi atau Nasrani? Katakanlah: ‘Apakah kamu yang lebih mengetahui ataukah Allah, dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan syahadah dari Allah yang ada padanya?’ Dan Allah sekali-kali tiada lengah dari apa yang kamu kerjakan.

Al-Baqarah 002:141. Itu adalah umat yang telah lalu, baginya apa yang diusahakannya dan bagimu apa yang kamu usahakan, dan kamu tidak akan diminta pertanggungan jawab tentang apa yang telah mereka kerjakan.

EJAAN NAMA IBRAHIM YANG BERBEZA

Tahukah anda bahawa dalam Surah Al-Baqarah, semua nama Ibrahim Khalilullah dieja dengan lima huruf saja? Terdapat 15 nama Ibrahim Khalilullah dalam Surah Al-Baqarah iaitu di Ayat 124, 125(2), 126, 127, 130, 132, 133, 135, 136, 140, 258(3), 260 = 15. Tapi dalam 20 Surah lain, nama Ibrahim Khalilullah dieja dengan 6 huruf. Ianya ialah di Surah Ali 'Imran 33 65 67 84 95 97 = 06, An-Nisa' 54 125(2) 163 = 04, Al-An'am 74 75 83 161 = 04, At-Taubah 70 114(2) = 03, Hud 69 74 75 76 = 04, Yusuf 02 06 38 = 03, Ibrahim 35 = 01, Al-Hijr 52 = 01, An-Nahl 120 123 = 02, Maryam 41 46 58 = 03, Al-Anbiya' 51 60 62 69 = 04, Al-Hajj 43 78 = 02, As-Syu'arak 69 = 01, Al-Ankabut 31 = 01, As-Saffat 104 109 = 02, Sad 45 = 01, As-Syura 13 = 01, Az-Zariyat 26 = 01, Al-Mumtahanah 04(2) = 02 dan Al-A'la 19 = 01. Berikut saya paparkan imej yang menunjukkan dua ejaan berbeza bagi nama Ibrahim Khalilullah itu:

Lihat Jadual di atas. Nama Ibrahim yang dieja dengan 5 huruf ada 15 (dalam 1 Surah) sementara yang dieja dengan 6 huruf ada 47 (dalam 20 Surah). Semuanya ada 62 nama dalam 21 Surah. Untuk pengetahuan anda, angka 62 itu SERUPA dengan Jumlah Angka Mufrad bagi nama MUHAMMAD. 24+6+24+8=62. Angka 21 itu pula SERUPA dengan Jumlah Jenis Huruf AL-FATIHAH. Untuk pengetahuan anda juga, Ada satu Surah yang bernama Surah Ibrahim. Ia adalah Surah ke 14. Angka 14 itu pula SERUPA dengan POSISI ANGKA BERULANG 141, yang menjadi Jumlah Huruf AL-FATIHAH. Subhanallah.

Melalui perkiraan matematik yang mudah, saya darabkan 15 nama dengan Jumlah Huruf Nama iaitu 5 dapat 75, kemudian darabkan 47 dengan Jumlah Huruf Nama iaitu 6 dapat 282. Saya campurkan 75+282=357. Kemudian saya cari POSISI IMPLISIT angka itu dalam 141 Huruf. Ia jatuh pada Posisi 75.

Kemudian saya darabkan pula 15 dengan Jumlah Angka Mufrad Nama iaitu 64 dapat 960, dan saya darabkan pula 47 dengan Jumlah Mufrad Nama iaitu 92 dapat 4324. Saya campurkan 960+4324=5284. Kemudian saya cari POSISI IMPLISIT angka itu dalam 141 Huruf. Ia jatuh TEPAT pada posisi 67. Mengapa saya katakan TEPAT?

Sila lihat Jadual Al-Fatihah di bawah ini. Tentu anda boleh nampak bahawa Posisi 67 adalah Posisi 75 dari arah yang satu lagi. Bukan itu saja. Sebenarnya Posisi 67 adalah POSISI IMPLISIT kepada Jumlah Angka Mufrad Al-Fatihah iaitu 2323 dalam 141 Huruf! Subhanallah.

Adakah anda fikir jawapan 75:67 yang di dapati di atas tadi adalah 'kebetulan'? Saya fikir ia bukan kebetulan. Ia adalah salah satu BUKTI bahawa AL-QUR'AN TETAP TERPELIHARA dari diubah oleh tangan manusia, dan bahawa isi kandungan Al-Qur'an itu termasuklah ejaannya adalah TAUFIQI. Sebab itulah ejaan nama Ibrahim Khalilullah itu DIKEKALKAN sebagaimana ianya mula-mula disampaikan oleh Jibril a.s. kepada Rasulullah s.a.w.

KESIMPULAN

Al-Qur'an merupakan mukjizat terakhir dan teragung. Mukjizatnya dapat dilihat hatta kepada aspek-aspek yang sekecil ini. Sekaligus nama Ibrahim Khalilullah itu membuktikan juga bahawa Al-Fatihah itu adalah 141 huruf kesemuanya dengan memberikan jawapan TEPAT kepada POSISI IMPLISIT 2323 dalam 141. Ianya juga dapat menangkis sebarang tuduhan kononnya jurutulis Al-Qur'an (para sahabat) cuai dalam mengeja perkataan-perkataan. Sebenarnya PERBEZAAN ejaan itu punya rahsia yang lebih tinggi dan lebih bermakna dari apa yang mereka semua terfikirkan. Inilah merupakan salah satu lagi BUKTI bahawa Al-Fatihah ada hubungan dari segi matematik dengan keseluruhan Al-Qur'an dan bahawa Al-Qur'an itu diturunkan dari sisi Allah Yang Maha Penghitung. Berikut mafhum firman Allah untuk direnungkan:
Az-Zumar 039:23. "Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara), yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram, kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah, Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya."
Al-Jinn 072:28. "(Tuhan mengadakan malaikat-malaikat itu) supaya Dia mengetahui bahawa sesungguhnya (dengan jagaan mereka) Rasul-rasul itu telah menyampaikan perutusan-perutusan Tuhan mereka, (dengan sempurna), pada hal Dia memang mengetahui dengan meliputi segala keadaan yang ada pada mereka, serta Dia menghitung tiap-tiap sesuatu: Satu persatu."
Qaaf 050:1-2. "Qaaf. Demi Al-Quran yang melimpah-limpah kemuliaan dan kebaikannya. Bahkan mereka merasa hairan kerana datang kepada mereka, dari kalangan mereka sendiri, seorang Rasul pemberi peringatan dan amaran, lalu orang-orang yang kafir itu berkata: Ini adalah satu perkara yang menakjubkan (ajaib)!"
Semoga Allah SWT merahmati kita semua.
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم