Wednesday, August 10, 2011

ANGKA 2323 ADA RAHSIANYA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ANGKA 2323 ADA RAHSIANYA

Sempena Hari Raya saya tidak akan menulis penerangan panjang dalam artikel ini, cuma saya mahu paparkan pada anda mengenai dua perkara yang menarik berkaitan dengan 2323 iaitu Jumlah Angka Mufrad 141 Huruf Al-Fatihah. Kemudian saya senaraikan SIFAT NOMBOR dari sudut matematik, hingga angka 2323 saja. InsyaAllah, apa yang dikongsikan di sini mungkin dapat menarik minat saudara-saudara seagama yang mempunyai kepakaran dalam bidang HUMAN GENOME dan SAINS ANGKASA LEPAS untuk mengkaji selanjutnya.

GENOME MANUSIA 2323

Al-Qur'an diturunkan kepada umat Muhammad s.a.w. iaitu dari bangsa manusia (homo sapiens). Dari sudut sains, manusia telah dikenalpasti mempunyai pasangan gene 23:23. Tiada makhluk lain yang mempunyai pasangan gene 23:23 ini. Chimpanzee mempunyai pasangan gene 24:24. Di bawah ini saya salinkan imej yang memaparkan Jadual Juraian Gene 2323 iaitu khas untuk manusia. Saya dapati bahawa angka-angka yang ada dalam Jadual di bawah ini adalah dari JENIS angka-angka yang UTAMA dalam Kajian Al-Fatihah.