السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
MISTERI BERKEMBAR
Ada satu MISTERI BERKEMBAR yang mungkin tidak disedari oleh ramai umat Islam. Ianya ialah fenomena dua ayat yang serupa dan ayat itu menduduki POSISI KE 141 DALAM AL-QUR'AN. Sempena Aidilfitri yang mulia ini, saya kongsikan apa yang saya temui berkaitan dengan perkara ini dengan anda semua. Mudah-mudahan artikel ini dapat dibaca dengan tenang dan hati yang terbuka. Pada pendapat saya, ini adalah salah satu dari BUKTI MATEMATIK kebenaran Al-Qur'an dan mudah-mudahan pendedahan ini akan membuka minda sesiapa yang berminat untuk mengkaji dengan lebih mendalam berkaitan mukjizat Al-Qur'an dan segala hikmah dan ilmu pengetahuan yang tersirat di sebaliknya.
AL-FATIHAH DAPAT BUKTIKAN IA 141 HURUF
Saya telah catat sebelum ini bahawa Al-Fatihah itu mempunyai mukjizat yang DAPAT BUKTIKAN bahawa ianya 141 huruf. Ada banyak cara untuk memperhatikannya dari sudut matematik. Jika anda selalu membaca Al-Qur'an, anda akan bertemu ayat-ayat yang diulang-ulang beberapa kali dalam satu-satu Surah. Sebagai contoh, dalam Surah Ar-Rahman (Surah 55) terdapat Ayat "Fabi'aiyi aala 'irabbikuma tukazziban" diulang-ulang banyak kali. Dalam artikel ini saya akan bincangkan mengenai Ayat Ke 141 dalam Al-Qur'an (sempena jumlah huruf Al-Fatihah 141). Ayat itu adalah sebagaimana berikut:
AL-FATIHAH DAPAT BUKTIKAN IA 141 HURUF
Saya telah catat sebelum ini bahawa Al-Fatihah itu mempunyai mukjizat yang DAPAT BUKTIKAN bahawa ianya 141 huruf. Ada banyak cara untuk memperhatikannya dari sudut matematik. Jika anda selalu membaca Al-Qur'an, anda akan bertemu ayat-ayat yang diulang-ulang beberapa kali dalam satu-satu Surah. Sebagai contoh, dalam Surah Ar-Rahman (Surah 55) terdapat Ayat "Fabi'aiyi aala 'irabbikuma tukazziban" diulang-ulang banyak kali. Dalam artikel ini saya akan bincangkan mengenai Ayat Ke 141 dalam Al-Qur'an (sempena jumlah huruf Al-Fatihah 141). Ayat itu adalah sebagaimana berikut:
Untuk pengetahuan anda, terdapat HANYA DUA ayat ini dalam Al-Qur'an. Pertama ialah di Surah Al-Baqarah 002:134 dan kedua ialah di Surah Al-Baqarah 002:141. Sebenarnya DUA AYAT ini berada di POSISI MISTERI yang SERUPA iaitu POSISI 141 DALAM AL-QUR'AN. Mengapa saya catat sedemikian?
Sebelum saya jelaskan, perlu saya ulangi bahawa Al-Fatihah adalah Ibu Al-Qur'an. Tujuh Ayatnya itu pada satu keadaan (KEADAAN A) BERADA DI DALAM MUSHAF AL-QUR'AN (semuanya ada 6236 Ayat) tapi dalam satu keadaan yang lain (KEADAAN B), sebagai Ibu Al-Qur'an, ia boleh dikira secara TERPISAH DARI MUSHAF (dari itu susunan Mushaf bermula dari Surah Al-Baqarah iaitu dari Ayat Alif Lam Mim, menjadikan jumlah Ayat 6229). Namun kita semua (Ahli Sunnah) menerima hakikat bahawa Al-Qur'an itu berjumlah 6236 Ayat termasuk 7 Ayat Al-Fatihah.
Apa yang menariknya, AYAT MISTERI BERKEMBAR (yang dipaparkan di atas) duduk TEPAT PADA POSISI 141 sama ada anda mahu mengira ikut KEADAAN A ataupun KEADAAN B. Untuk melihat apakah maksud 7 Ayat yang berakhir pada AYAT KE 141 itu, berikut saya salinkan ia bagi rujukan anda semua:
HINGGA KE AYAT 141 BERMULA DARI AL-FATIHAH
Berikut adalah Tujuh Ayat dalam Surah Al-Baqarah yang berakhir pada AYAT KE 141 DALAM AL-QUR'AN sekiranya perkiraan telah memasukkan 7 Ayat Al-Fatihah. Maksudnya Ayat 134 itu adalah AYAT KE 141:
Al-Baqarah 002:127. Dan (ingatlah), ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasar-dasar Baitullah bersama Ismail (seraya berdoa): ‘Ya Tuhan kami terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui’.
Al-Baqarah 002:128. Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh
Al-Baqarah 002:130. Dan tidak ada yang benci kepada agama Ibrahim, melainkan orang yang memperbodoh dirinya sendiri, dan sungguh Kami telah memilihnya di dunia dan sesungguhnya dia di akhirat benar-benar termasuk orang-orang yang saleh.
Al-Baqarah 002:131. Ketika Tuhannya berfirman kepadanya: ‘Tunduk patuhlah!’ Ibrahim menjawab: ‘Aku tunduk patuh kepada Tuhan semesta alam’.
Al-Baqarah 002:132. Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Yakub. (Ibrahim berkata): ‘Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam’.
Al-Baqarah 002:133. Adakah kamu hadir ketika Yakub kedatangan (tanda-tanda) maut, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: ‘Apa yang kamu sembah sepeninggalku?’ Mereka menjawab: ‘Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu, Ibrahim, Ismail dan Ishak, (yaitu) Tuhan Yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepadaNya.’
Al-Baqarah 002:134. Itu adalah umat yang lalu, baginya apa yang telah diusahakannya dan bagimu apa yang sudah kamu usahakan, dan kamu tidak akan diminta pertanggungan jawab tentang apa yang telah mereka kerjakan.
HINGGA KE AYAT 141 BERMULA DARI ALIF LAM MIM
Berikut adalah Tujuh Ayat dalam Surah Al-Baqarah yang berakhir pada AYAT KE 141 DALAM AL-QUR'AN sekiranya perkiraan bermula dari Surah Al-Baqarah (Alif Lam Mim). Maksudnya Ayat 141 itu adalah AYAT KE 141:
Al-Baqarah 002:135. Dan mereka berkata: ‘Hendaklah kamu menjadi penganut agama Yahudi atau Nasrani, niscaya kamu mendapat petunjuk’. Katakanlah: ‘Tidak, bahkan (kami mengikuti) agama Ibrahim yang lurus. Dan bukanlah dia (Ibrahim) dari golongan orang musyrik’.
Al-Baqarah 002:136. Katakanlah (hai orang-orang mukmin): ‘Kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Yakub dan anak cucunya, dan apa yang diberikan kepada Musa dan Isa serta apa yang diberikan kepada nabi-nabi dari Tuhannya. Kami tidak membeda-bedakan seorang pun di antara mereka dan kami hanya tunduk patuh kepadaNya’.
Al-Baqarah 002:137. Maka jika mereka beriman kepada apa yang kamu telah beriman kepadanya, sungguh mereka telah mendapat petunjuk, dan jika mereka berpaling, sesungguhnya mereka berada dalam permusuhan (dengan kamu). Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Al-Baqarah 002:138. Shibghah Allah. Dan siapakah yang lebih baik shibghahnya daripada Allah? Dan hanya kepadaNyalah kami menyembah.
Al-Baqarah 002:139. Katakanlah: ‘Apakah kamu memperdebatkan dengan kami tentang Allah, padahal Dia adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu, bagi kami amalan kami, bagi kamu amalan kamu dan hanya kepadaNya kami mengikhlaskan hati,
Al-Baqarah 002:140. ataukah kamu (hai orang-orang Yahudi dan Nasrani) mengatakan bahwa Ibrahim, Ismail, Ishak, Yakub dan anak cucunya, adalah penganut agama Yahudi atau Nasrani? Katakanlah: ‘Apakah kamu yang lebih mengetahui ataukah Allah, dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan syahadah dari Allah yang ada padanya?’ Dan Allah sekali-kali tiada lengah dari apa yang kamu kerjakan.
Al-Baqarah 002:141. Itu adalah umat yang telah lalu, baginya apa yang diusahakannya dan bagimu apa yang kamu usahakan, dan kamu tidak akan diminta pertanggungan jawab tentang apa yang telah mereka kerjakan.
MEMPERHATIKAN LEBIH LANJUT
Saya ulangi lagi. Ayat yang bermaksud: "Itu adalah umat yang telah lalu, baginya apa yang diusahakannya dan bagimu apa yang kamu usahakan, dan kamu tidak akan diminta pertanggungan jawab tentang apa yang telah mereka kerjakan." itu HANYA ADA DUA saja dan ia HANYA BERADA DI POSISI KE 141 ini dalam keseluruhan Al-Qur'an. Saya telah ambil ayat tersebut untuk dikira Hurufnya dan Angka Mufradnya. Saya dapati bahawa Jumlah Hurufnya ialah 53 sementara Jumlah Angka Mufradnya ialah 837. Ianya TIDAK BERULANG. Tapi apakah keistimewaannya?
Sebelum saya terangkan. Sila rujuk Jadual di bawah. Saya masukkan AYAT 141 itu ke dalam 141 petak. Maknanya boleh muat 2 Ayat yang serupa, dan bila diisi lagi (untuk cukupkan 141 petak), ada 35 huruf lagi dapat dimuatkan:
BUKAN SATU KEBETULAN
Saya dapati bahawa kaitan AYAT 141 ini dengan Angka 141 (yang menjadi Jumlah Huruf Al-Fatihah) bukanlah satu kebetulan. Lihat Jumlah Angka Mufradnya 837 itu. Kalau diisi BAKI PETAK hingga lengkap 141 huruf, Jumlah Angka Mufrad yang terlibat (dalam petak baki) ialah 1326. Jika anda cari POSISI IMPLISITNYA dalam 141, anda akan dapat jawapan 57. Nampakkah bahawa 57 itu lebih besar dari 53? (Jumlah Huruf AYAT 141 tadi hanya 53). Sekarang cuba anda campurkan Jumlah Angka Mufrad dari Posisi 57 ke 57 (rujuk Jadual). Anda akan dapat JAWAPAN BERULANG 414. Lihat angka 414:141. Ianya SERUPA JENIS.
Sebenarnya kalau anda kira Angka Mufrad dari Posisi 57 ke 57 dalam Jadual Al-Fatihah (rujuk Jadual yang telah saya beri dalam artikel-artikel sebelum ini), anda akan dapati bahawa Jumlah Angka Mufradnya ialah 441. Angkanya SERUPA JENIS: 441:414:141. Subhanallah.
Sekarang perhatikan pula fenomena ini: Setelah memasukkan AYAT 141 sebanyak 2 kali ke dalam PETAK 141, akan ada 35 PETAK BAKI. Ingatkah kita bahawa Jumlah Huruf AYAT 141 ini ialah 53? Maknanya, untuk mengisi 141 PETAK, ia perlukan 53+53+35 Huruf dari AYAT 141. Nampakkah anda bahawa angka itu SERUPA JENIS? Subhanallah.
KESIMPULAN
Saya berpendapat bahawa ADA KAITAN SECARA LANGSUNG antara Al-Fatihah dan Al-Qur'an secara keseluruhannya, kerana ada SIGNAL mengenainya dari sudut matematik sebagaimana yang telah diterangkan di atas. Al-Fatihah itu ibarat sebuah COMPUTER CHIP yang menyimpan INDEKS bagi keseluruhan Al-Qur'an. Percayalah, perkiraan di atas bukan sekadar mengisi masa lapang.
Untuk renungan:
Al-Hijr 015:87. Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai Muhammad) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh Al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya.
Az-Zumar 039:23. Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara), yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram, kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah, Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.
Untuk renungan juga, perhatikan ayat di atas tadi. Ianya ada menyentuh hakikat bahawa Ahli Kitab telah menyembunyikan syahadah dari pengetahuan umat Yahudi dan Nasrani sedangkan mereka mengetahui bahawa SYAHADAH itu adalah KUNCI SYURGA:
Al-Baqarah 002:140. ataukah kamu (hai orang-orang Yahudi dan Nasrani) mengatakan bahwa Ibrahim, Ismail, Ishak, Yakub dan anak cucunya, adalah penganut agama Yahudi atau Nasrani? Katakanlah: ‘Apakah kamu yang lebih mengetahui ataukah Allah, dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan syahadah dari Allah yang ada padanya?’ Dan Allah sekali-kali tiada lengah dari apa yang kamu kerjakan.
NOTA: Surah 002:140 itu (dari segi koodinatnya) adalah AYAT KE 6 dalam konteks Al-Fatihah, iaitu pada Ayat yang bermaksud "Tunjukkanlah kami jalan yang lurus". Rujuk juga Surah 002:133 di atas tadi, ia juga berkaitan dengan Tauhid, jalan yang lurus (apa yang termaktub dalam syahadah). Subhanallah.
Al-Baqarah 002:140. ataukah kamu (hai orang-orang Yahudi dan Nasrani) mengatakan bahwa Ibrahim, Ismail, Ishak, Yakub dan anak cucunya, adalah penganut agama Yahudi atau Nasrani? Katakanlah: ‘Apakah kamu yang lebih mengetahui ataukah Allah, dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan syahadah dari Allah yang ada padanya?’ Dan Allah sekali-kali tiada lengah dari apa yang kamu kerjakan.
NOTA: Surah 002:140 itu (dari segi koodinatnya) adalah AYAT KE 6 dalam konteks Al-Fatihah, iaitu pada Ayat yang bermaksud "Tunjukkanlah kami jalan yang lurus". Rujuk juga Surah 002:133 di atas tadi, ia juga berkaitan dengan Tauhid, jalan yang lurus (apa yang termaktub dalam syahadah). Subhanallah.
Semoga Allah SWT merahmati kita semua.
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
No comments:
Post a Comment