Wednesday, August 10, 2011

FRIDAY 13TH & MARK OF THE BEAST 666

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

FRIDAY 13TH & MARK OF THE BEAST 666
Untuk pengetahuan anda semua, semasa saya mahu masukkan artikel ini, saya perhatikan jumlah artikel sumbangan dari anda semua. 'Kebetulan' ianya berjumlah TEPAT 666. Subhanallah. Sebenarnya itu bukan kebetulan. Ianya BETUL. Bacalah seterusnya.

(Nota: Para di atas ini menceritakan bagaimana semakan jumlah artikel sumbangan warga Megasutra (ketika itu) berjumlah 666 iaitu serupa bilangannya dengan judul artikel ini 'Mark of The Beast 666. Ia bukan satu cerita yang sengaja saya buat-buat, tapi telah sesungguhnya berlaku - Hibatullah Yusof Al-Haj).

BERTEMU KADI MENGENAI KAJIAN

Saya bertemu seorang Kadi di pejabat beliau lebih 20 tahun lampau. Saya bawa bersama-sama saya Kajian Al-Fatihah dan penemuan FENOMENA BERULANG. Agak lama juga kami berbual. Antara yang dikatakan oleh beliau: "Saya yakin perkara ini (Fenomena Berulang dalam Al-Qur'an) telah diketahui oleh (ahli kitab) Yahudi dan Nasrani (sejak lama dulu) tetapi mereka telah merahsiakannya (dari pengetahuan umum)". Saya menjawab: "Betul itu Tuan Kadi. Pada satu masa dulu ahli kitab Nasrani telah menggantikan Amen dengan angka 99 dalam (salah satu versi) Bible, tapi kemudiannya mereka telah membuangnya (angka gematria 99 itu) dan menulis perkataan Amen kembali. Mengapa, saya tidak tahu."

DAKYAH MENGATAKAN JUMAAT 13HB ITU SIAL

Kali ini saya akan mencatat satu perkara yang mungkin menarik perhatian anda. Saya akan cuba catat seringkas mungkin kepada anda tanpa menjejaskan isi kandungan yang penting-penting. Saya akan catat mengenai: Mengapa Hari Jumaat 13 Haribulan Dan Angka 666 Difitnah Sebagai Perkara Sial-Majal oleh pendakyah Yahudi dan Nasrani.

Mereka agak berjaya dalam menipu orang ramai. Eloklah saya petik artikel berjudul Why Friday the 13th Is Unlucky oleh David Emery.

Paraskevidekatriaphobia: Fear of Friday the 13th

I just finished reading the abstract of a study published in the British Medical Journal in 1993 entitled "Is Friday the 13th Bad for Your Health?" With the aim of mapping "the relation between health, behaviour, and superstition surrounding Friday 13th in the United Kingdom," its authors compared the ratio of traffic volume to the number of automobile accidents on two different days, Friday the 6th and Friday the 13th, over a period of years. Incredibly, they found that in the region sampled, while consistently fewer people chose to drive their cars on Friday the 13th, the number of hospital admissions due to vehicular accidents was significantly higher than on "normal" Fridays. Their conclusion: "Friday 13th is unlucky for some. The risk of hospital admission as a result of a transport accident may be increased by as much as 52 percent. Staying at home is recommended." Paraskevidekatriaphobics — people afflicted with a morbid, irrational fear of Friday the 13th — must be pricking up their ears just now, buoyed by seeming evidence that their terror may not be so irrational after all. But it's unwise to take solace in a single scientific study — the only one of its kind, so far as I know — especially one so peculiar. I suspect these statistics have more to teach us about human psychology than the ill-fatedness of any particular date on the calendar.

MANA BILIK HOTEL NOMBOR 13?

Satu artikel lagi, Superstition Has Kept Its Grip On Buyers oleh Ben Flanagan:

You wouldn't think that people would let superstition put them off moving to 13 Smith Terrace, or even 666 Bloggs Boulevard. Many first-time buyers would consider it a lucky omen to be able to get a foot on the property ladder at all. But with a reported one in 10 people afflicted by triskaidekaphobia (the fear of the number 13), it seems that there is more than bricks and mortar at play when it comes to moving house.

Kepercayaan karut ini berleluasa hinggakan NASA yang kononnya amat canggih dari segi ilmu pengetahuan sains angkasa lepas pun terpengaruh:

While most architects have the humility by bypass the thirteenth floor of most buildings, NASA seems reluctant to admit to any such 'unscientific' frailty. Maybe they should. In April 1970, NASA launched Apollo 13 at 1313 hours central time. Sure enough, on April 13th, an oxygen tank exploded and if you've seen the movie, you know the rest. Not one to learn from their mistakes, NASA was forced to abort a launch in November 1981 scheduled for Friday the 13th due to a glitch in the fuel cells.

UMAT ISLAM AMBIL PERHATIAN..

Jadi, bagaimana pula pendirian kita umat Islam dari segi ini? Saya akan cuba dedahkan kepada anda RENTETAN BUKTI bahawa sebenarnya dakyah sial-majal Friday 13th dan 666: Mark of The Beast sengaja disebarkan oleh musuh-musuh Islam kerana mereka SUDAH TAHU bahawa Al-Qur'an itu punya BUKTI FENOMENA BERULANG, dan kerana bukti tersebut AMAT KUAT, mereka mencari jalan agar manusia menjauhkan diri dari Al-Qur'an, agar manusia rasa benci pada ANGKA 6 (Hari Jumaat ialah hari ke 6 dalam seminggu), ANGKA 13 dan ANGKA 666.

ANGKA 6, 13 DAN 666 ADALAH BUKTI KEBENARAN ISLAM

Saudara, sebenarnya dari sudut BUKTI MATEMATIK, agama Islam adalah agama yang MESRA ALAM. Mengapa saya catat begitu? Tahukah anda bahawa sekiranya anda campurkan angka 1-10 anda akan dapat jawapan BERULANG 55? Jika anda campurkan angka 1-100 anda akan dapat jawapan BERULANG 5050? Dan jika kita campur angka 1 hingga 11 (ANGKA BERULANG pertama) akan dapat jawapan 66?

Sedarkan anda bahawa jika kita campur angka 1-6 akan dapat 21 iaitu ANGKA 7 YANG BERULANG (7+7+7)? Tahukah anda bahawa Al-Fatihah (Surah 7 Yang Berulang) punya 21 jenis huruf? Dan 21 jenis huruf dalam Al-Fatihah itu terdiri dari 7+7 jenis Fawatih dan 7 bukan Fawatih? Tahukah anda bahawa ada 7 jenis huruf tiada dalam Al-Fatihah dan Jumlah Angka Mufradnya BERULANG 77?

ISLAM ADALAH AGAMA YANG MESRA ALAM

Nampakkah anda bahawa angka 6 dan 7 amat MESRA ALAM? Allah jadikan langit dan bumi serta segala isinya dalam 6 PERIOD MASA. Apa dia isi langit dan bumi? Ianya adalah segala-gala yang ada di 7 petala langit dan 7 petala bumi. Mungkin sekarang anda nampak bagaimana angka 6 dan 7 itu MESRA ALAM.

Sekarang perhatikan pula jumlah huruf Al-Fatihah. Ianya BERULANG 141. Campurkan mendatar 1+4+1 anda akan dapat ANGKA 6. Lihat pula jumlah surah dalam Al-Qur'an. Ianya 114. Lihat angka 114 dan 141. JENISNYA SERUPA! Dan bila campur mendatar, 1+1+4 juga dapat ANGKA 6. Sekarang anda nampak bahawa ANGKA 6 adalah signal untuk Al-Fatihah dan Al-Qur'an. Ia MESRA ALAM sebab Allah jadikan alam ini dalam 6 PERIOD MASA. Dan angka 7 pula, Allah jadikan 7 HARI selain 7 PETALA LANGIT DAN BUMI.

Sekarang saya akan catat satu BUKTI yang mungkin hampir semua Muslim tidak menyedari. Sebelum itu, saya mahu anda lihat betapa FENOMENA BERULANG berlaku dalam alam ini. Bumi BERULANG berputar pada paksinya dan BERULANG mengelilingi matahari. Malah umat Islam BERULANG tawaf di sekeliling Kaabah bila musim haji. Malaikat BERULANG tawaf di Baitul Makmur (yang ini manusia tidak nampak). Darah manusia BERULANG memasuki jantung kemudian dipam agar menyusuri semua pembuluh darah. FENOMENA BERULANG adalah MESRA ALAM. Kalau kita dapat lihat FENOMENA BERULANG dalam Al-Qur'an dan pada diri Rasulullah s.a.w. sendiri, ia adalah BUKTI KUKUH bahawa Al-Qur'an adalah dari sisi Allah, Pencipta alam ini. Ia adalah BUKTI KUKUH bahawa Rasulullah s.a.w. adalah Rasul yang sebenar diutus olehNya.


ANGKA 6 DAN 7, 6+7 DAN 67 ADALAH BUKTI KEBENARAN ISLAM

Apakah dia BUKTI yang saya mahu catat itu? Lihat bahawa Al-Fatihah ada 141 huruf. Jumlah Angka Mufradnya BERULANG 2323. Sekarang kita akan lihat di manakah 2323 itu berada dalam 141 posisi. Ia saya panggil POSISI IMPLISIT (implicit position). Dalam erti kata lain, andainya 2323 itu tawaf dalam 141 posisi, ia akan berakhir di mana. Perkiraannya mudah. 2323 bahagi 141 dapat 16 BERBAKI 67. Maknanya, 2323 itu terletak di huruf ke 67 dalam Al-Fatihah. Ingat ANGKA 6 dan ANGKA 7? Lihatlah betapa cantiknya dan rapinya susunan huruf-huruf dalam Al-Fatihah itu. Anda mungkin nampak bila anda tahu bahawa sebenarnya ia jatuh pada HURUF DAL dalam ayat "Iyyaka na'bud", yang bermaksud "(Hanya) pada Engkaulah kami sembah." Dan bahagian kedua ayat itu menyambung "..dan (hanya) pada Engkaulah kami minta pertolongan." Kalau tidak sembah Allah, alangkah malunya jika kita tiba-tiba mahu minta pertolongan dariNya.

MEREKA SEBENARNYA MEMFITNAH RASULULLAH S.A.W.

Tapi apakah kaitan ini dengan Angka 13? Tahukah anda bahawa nama MUHAMMAD BIN ABDULLAH itu jika dieja dalam huruf Arab maka JUMLAH HURUFNYA 13? Dan mungkin anda pun sudah sedia tahu bahawa baginda adalah RASUL KE 313? Nampakkah anda mengapa musuh-musuh Islam beria-ia menyatakan bahawa angka 13 itu SIAL? Saya belum habis lagi. Bukankah 13 huruf yang mengeja nama Rasulullah itu BERULANG 191 dari segi Jumlah Mufrad? Adakah nama Rasulullah itu MESRA ALAM? Cuba anda campurkan angka 1-13. Berapa jawapannya? Ia adalah 91. Lihat semula 191. JENISNYA SERUPA, ia BUKTI bahawa nama Rasulullah itu MESRA ALAM, maksudnya Allah telah sediakan BUKTI dalam alam ini untuk menyatakan bahawa Rasulullah adalah Rasul yang diutus.

Mengapakah orang-orang kafir DENGKI pada hari Jumaat? Jawapannya mudah. Ia adalah hari besar untuk umat Islam. Dan, untuk pengetahuan kita semua, Ayat ke 6 dalam Al-Fatihah itu ialah "Ihdinas siratal mustaqim" yang bermaksud "Tunjukkanlah kami jalan yang lurus". Inilah tujuan asas kita membaca Al-Fatihah. Bahagian pertama Al-Fatihah iaitu Ayat 1 hingga Ayat 5 adalah ayat-ayat puji-pujian. Ayat 6 adalah ayat permohonan. Ayat 7 adalah penjelasan kepada Ayat 6. Sebab itulah orang-orang kafir tidak suka pada angka 6, kerana ia melambangkan hari Juma'at di mana umat Islam berkumpul dan solat bersama-sama, dan dalam solat itu umat Islam membaca Al-Fatihah dengan tujuan "Tunjukkanlah kami jalan yang lurus".

MEREKA SUDAH TAHU FENOMENA BERULANG BUKTI KEBENARAN ISLAM

Tapi mengapa pula orang-orang kafir beria-ia menyatakan 666 itu MARK OF THE BEAST? Mereka takut bahawa pada satu hari nanti akan TERBONGKAR fakta bahawa Al-Qur'an itu punya RAHSIA BERULANG. Apa tidaknya, ia diturunkan dalam tempoh 22 tahun 2 bulan 22 hari. Diturunkan kepada Rasul ke 313 yang namanya punya 13 huruf, dan nama itu pula punya JUMLAH ANGKA MUFRAD BERULANG 191. Kalau mereka guna nama AHMAD BIN AMINAH pun (sebab Muhammad s.a.w. anak yatim ketika lahir - kalau mahu ambil sempena nama Isa bin Maryam yang tiada berbapa - dan Isa a.s. memberitakan kedatangan "Ahmad" sebagai Rasul terakhir selepasnya), JUMLAH ANGKA MUFRAD BERULANG 171.. Tidak percaya? Buatlah perkiraan sendiri. Kalau tidak tahu ejaan Aminah dalam bahasa Arab, ianya ialah Alif, Mim, Ya, Nun, Ho. Maka kesemuanya akan jadi Alif, Ha, Mim, Dal, Ba, Nun, Alif, Mim, Ya, Nun, Ho dan dari sudut Angka Mufrad: 1+6+24+8+2+25+1+24+28+25+27 = BERULANG 171.

Sebenarnya sama ada Friday (6) 13th ataupun 666 adalah BUKTI KEBENARAN ISLAM, bukan tanda sial-majal dan bukan tanda kedatangan Dajjal. Ketahuilah bahawa dalam Al-Qur'an, AYAT 666 itu terletak pada Surah An-Nisa' 4 Ayat 173, sebagaimana berikut:



"Adapun orang-orang yang beriman dan berbuat amal soleh maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka dan menambahkan untuk mereka sebahagian dari kurniaNya. Adapun orang-orang yang enggan dan menyombongkan diri, maka Allah akan menyiksa mereka dengan siksaan yang pedih, dan mereka tidak akan memperoleh bagi diri mereka, pelindung dan penolong selain daripada Allah."

Ketahuilah juga bahawa bahawa AYAT 13 dalam Al-Qur'an berada dalam Surah Al-Baqarah 2 AYAT 6 yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang kafir, sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak juga akan beriman". Dan eloklah saya terus catat maksud Ayat 7: "Allah telah memetraikan atas hati dan pendengaran mereka dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka siksa yang amat berat."

Dan tentunya sebagai penutup tirai artikel ini, kita renungkan semula AYAT 6. Angka 6 'yang diambil oleh Islam sebagai BUKTI KEBENARAN' ini adalah AMAT MESRA ALAM, hinggakan alam ini pun dijadikan oleh Allah dalam 6 PERIOD MASA, dan HARI KE 6 dijadikan oleh Allah sebagai hari besar untuk umat Islam. Bersyukurlah kerana kita lahir dan menjadi umat Islam. Alhamdulillah:

 
"Tunjukkan kami jalan yang lurus."

Dan Allah menjawab secara terus kepada permohonan kita ini dengan firmanNya: "Haza li'abdi wali'abdi ma sa'al" yang bermaksud "Inilah hambaKu dan untuk hambaKu apa (saja) yang dia minta." Mintalah dengan ikhlas kepada Allah, Dia akan perkenankan permohonan anda, insyaAllah. Untuk pengetahuan anda, ayat jawapan dari Allah itu punya Jumlah Angka Mufrad BERULANG 282. Subhanallah. Bila kita kaji barulah kita tahu, dan Dialah yang mengajarkan kepada kita apa-apa yang tidak kita ketahui.

Wallahua'lam.
Semoga Allah SWT merahmati kita semua.
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم

No comments:

Post a Comment