Wednesday, August 10, 2011

MATEMATIK JADI BUKTI KEBENARAN


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

MATEMATIK JADI BUKTI KEBENARAN

Mengapakah ahli-ahli kitab Yahudi dan Nasrani menggambarkan ANGKA 666 sebagai jahat? Mereka sebenarnya dengki kepada kerasulan Muhammad s.a.w. Sebab utama timbulnya kedengkian itu adalah kerana Rasulullah s.a.w. lahir dari kalangan bangsa Arab, bukan dari kalangan bangsa mereka (Yahudi - Bani Israel) sebagaimana majoriti Rasul sebelum itu.

KONSEP TRINITI MIMPI NGERI PENGEMBANGNYA SENDIRI

Pada ketika lahirnya Rasulullah s.a.w., majoriti kaum Nasrani sudah jauh tersesat dan percaya kepada konsep Triniti. Mereka telah membelakangkan ajaran Isa a.s. kerana terpengaruh dengan ajaran palsu yang dibawa oleh Paul (Paulus). Sebenarnya Paul yang 'mendewakan' Isa a.s., mendakwa bahawa Isa a.s. anak Tuhan sedangkan Isa a.s. berulangkali menyatakan bahawa baginda hanyalah Rasul yang diutus, sebagaimana Muhammad s.a.w. Sebenarnya konsep Triniti yang dimulakan oleh Paul itu telah dibentuk oleh Athanasius sekitar 325 Masehi. Sebenarnya konsep Triniti tiada dalam Bible.

Catholic Encyclopedia mengaku menyatakan bahawa Athanasius sendiri pun tidak faham apakah doktrin Triniti yang dibentuknya itu: "The Trinity is the term employed to signify the central doctrine of Christian religion.. in the unity of Godhead there are three persons, the Father, the Son, and the Holy Spirit, these three Persons being truly distinct one from another. Thus in the words of Athanasian Creed; the Father is God, the Son is God, and the Holy Spirit is God, and yet there are not three but one God. This doctrine was not clearly grasped even by Athanasius. He says at another place that whenever he forced his understanding to mediate on the divinity of Jesus his toilsome and unavailing efforts recoil on themselves, that the more he wrote the less capable was he of expressing his thoughts. This confusion is explained away as "Mystery", yet the Bible says "God is not the author of confusion" (1 Corenthian 14:33).

ISLAM MENERANGKAN BAHAWA ALLAH MAHA ESA

Agama Islam adalah agama yang asal dan ia telah diajarkan kepada semua kaum melalui rasul-rasul yang diutus. Al-Qur'an dengan jelas menerangkan mengenai Konsep Tauhid dalam Surah Al-Ikhlas:
"Katakanlah: 'Dialah Allah Yang Maha Esa'. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan, dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia".
SURAH AL-IKHLAS ADA 47 HURUF, TEPAT 1/3 DARI JUMLAH HURUF AL-FATIHAH (IBU AL-QUR'AN)

Konsep Tauhid dalam Surah Al-Ikhlas inilah yang dipegang teguh oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat. Hinggakan semasa Bilal disiksa oleh kaum Quraisy, mulut Bilal tidak berhenti menyebut "AHAD, AHAD..". Semoga Allah meredhai Bilal bin Rabbah kerana keutuhan tauhidnya.

Sebenarnya ahli-ahli kitab Yahudi dan Nasrani mempunyai pengiraan matematik yang haru-biru dan ianya bermula dari konsep Triniti itu. Allah telah mengajarkan kepada hambaNya bahawa Dia Maha Esa, dan telah menurunkan Al-Qur'an yang mempunyai rahsia matematik yang jelas nyata. Saya akan paparkan dua BUKTI kebenaran Al-Qur'an dan kebenaran Islam, dan sekaligus menjadi BUKTI bahawa bukan Muhammad s.a.w. yang mencipta Al-Qur'an.

AL-FATIHAH ADA SISTEM SEMAKAN KENDIRI

Sebagaimana yang telah saya catat dalam artikel-artikel sebelum ini, Al-Fatihah itu mempunyai Jumlah Huruf BERULANG 141 dan Jumlah Mufradnya juga BERULANG 2323. Dari kajian yang saya lakukan sejak lebih 20 tahun lampau, saya dapati bahawa Al-Fatihah itu mempunyai SISTEM SEMAKAN KENDIRI (Self-Checking System). Fenomena ini amat banyak, dan MUDAH diperhatikan asalkan anda ambil sedikit masa untuk mengkajinya.

Apakah yang saya maksudkan dengan SISTEM SEMAKAN KENDIRI? Ia adalah keadaan di mana dalam Al-Fatihah itu ada BUKTI yang menunjukkan bahawa SELURUH HURUFnya BERULANG 141 dan SELURUH JUMLAH ANGKA MUFRADnya BERULANG 2323. Saya berikan salah satu contoh yang mudah. Perhatikan ayat-ayat Al-Fatihah di bawah ini. Ianya ada 7 Ayat. Kalau anda perhati dari pangkal, ianya 1-2-3-4-5-6-7. Kalau anda perhati dari hujung, Ayat 7 akan menduduki Posisi 1. Kalau diperhatikan ia akan jadi seperti ini: 1-7, 2-6, 3-5, 4-4, 5-3, 6-2, 7-1. Pemerhatian kita itu boleh diringkaskan menjadi 1-2-3-4-3-2-1 agar kita senang nampak.

Sekarang anda tahu bahawa Ayat 4 adalah ayat paling tengah (sudah tentu). Ayat yang paling tepi akan membawa angka 1. Maka kalau diringkaskan pemerhatian kita, ianya berbentuk seperti ini: 1-4-1. Ini SEKALIGUS dapat membayangkan bahawa jumlah huruf Al-Fatihah itu adalah 141. Namun, 'argument' seperti ini mungkin akan ditertawakan oleh orang-orang kafir kerana mereka anggap kita sengaja mengada-adakan cerita. Tidak mengapa. Kita belum habis lagi.

Sekarang perhatikan Ayat 4 (saya warnakan merah). Ia punya Jumlah Huruf BERULANG 11. Ia ayat ke berapa? Ayat 4. Hurufnya 11. Renung semula 1-4-1 yang saya catat di atas tadi. Sekarang bolehlah kira berapa Jumlah Angka Mufradnya. Ianya ialah:
24+23+22+28+26+24+1+23+8+28+25 = BERULANG 232
Mungkin anda masih ingat Jumlah Angka Mufrad 141 Huruf Al-Fatihah itu BERULANG 2323. Lihat kembali, Ayat 4 punya BERULANG 11 huruf dan Jumlah Angka Mufradnya BERULANG 232. Nampakkah anda bahawa angka 4, 11, 141 itu SERUPA dan 2323, 232 itu angka yang SERUPA? Ayat 4 ini menjadi 'SELF CHECKER' kepada keseluruhan ejaan Al-Fatihah. Ia telah memberi 'indicator' atau 'signal' bahawa seluruh Al-Fatihah itu BERULANG Jumlah Huruf dan Jumlah Angka Mufradnya. Subhanallah.
JUMLAH HURUF AL-FATIHAH 141 : 2323 JUMLAH ANGKA MUFRAD AL-FATIHAH
AYAT 4 JUMLAH HURUF 11 : 232 JUMLAH ANGKA MUFRAD AYAT 4
HINGGA ANGKA BERULANG 2323, ANGKA BERULANG SERUPA HANYA 232 DAN 323

Adakah orang Yahudi atau Nasrani punya surah yang sehebat Al-Fatihah? Jawabnya MUDAH: Tidak ada. Orang Nasrani lagi pula tidak ada, kerana Bible sekarang ini selain dari sudah diubah dari segi isi kandungannya, ia bukan lagi dalam bahasa asalnya iaitu bahasa Siryani. Injil yang asal bukan dalam bahasa Inggeris..! Injil yang asal sudah 'dihilangkan' dari umat Nasrani. Mungkin salinan asalnya masih ada, tapi hanya berada di tangan Pope. Ianya dirahsiakan dari penganut Nasrani kerana di sana ada berita kedatangan Muhammad s.a.w.

Orang Yahudi pula, walaupun Old Testament (Torah) mereka dalam bahasa asal (Ibrani), isi kandungannya pun telah mereka ubah. Malah mereka pun bukan gunakan sangat Torah itu, mereka lebih gunakan Talmud, yang ditulis oleh rahib-rahib mereka sendiri. Taurat yang asal sudah tidak dapat dikesan oleh umat Yahudi. Mungkin satu salinan masih ada, tapi hanya berada di tangan oleh rahib tertinggi mereka.

MEMPERHATIKAN AL-FATIHAH DALAM SQUARE 11

Orang-orang Islam patut bersyukur kerana bukan saja Al-Qur'an masih terpelihara, BUKTI KEBENARAN AL-QUR'AN menjadi semakin banyak. Bagi sesiapa yang telah murtad, hendaknya bacalah artikel ini dan renungkanlah BUKTI-BUKTI yang saya kemukakan. Renungkanlah dengan hati yang terbuka. Mudah-mudahan masih ada sekelumit cahaya keimanan jauh di hati anda untuk kembali kepada Islam. InsyaAllah.

Al-Fatihah punya 141 huruf. Jumlah itu jika dimasukkan ke dalam SQUARE 12 (144 petak) akan ada berbaki 3. Kalau dimasukkan ke dalam SQUARE 11 (121 petak), akan ada terlebih 20 huruf. Maknanya, kalau anda masukkan satu persatu huruf Al-Fatihah ke dalam SQUARE 11, ada 20 huruf yang akhir tidak dapat dimasukkan. Dan kalau anda masukkan huruf-huruf dari hujung pula, akan ada 20 huruf awal yang tidak muat. Saya harap anda faham penerangan saya. Huruf-huruf itu saya warnakan merah:
20 HURUF YANG TERKELUAR DARI EMPATSEGI SAMA 121
DARI KEDUA-DUA HUJUNG JUMLAHNYA 40 HURUF
JUMLAH ANGKA MUFRAD BERULANG 666

Lihatlah MUKJIZAT Al-Fatihah. Bila anda jumlahkan Angka Mufrad 40 huruf yang keluar dari SQUARE 11 itu, anda akan dapat jawapan BERULANG 666. Sekadar mengingatkan, ANGKA 666 telah DIFITNAH oleh musuh-musuh Islam sebagai angka SIAL. Sebenarnya ia adalah antara BUKTI KEBENARAN ISLAM.

Kita bolehlah bertanya kepada orang-orang bukan Islam. Ada atau tidak FENOMENA BERULANG seperti ini dalam kitab-kitab mereka? Kalau ada, lihatlah pula KEHEBATAN MATEMATIK AL-FATIHAH yang telah dicatat dalam artikel-artikel lain di sini, dan yang akan diterbitkan di masa akan datang. InsyaAllah, ada BANYAK lagi.

Saya fikir cukuplah setakat ini dulu. Ini pun sudah agak panjang. Yang penting ialah untuk kita semua sedar bahawa Al-Qur'an itu BUKAN DONGENG ORANG-ORANG DAHULUKALA. Al-Qur'an adalah jauh lebih 'ADVANCE' dari zaman kita sendiri.

"Dan di antara mereka ada yang mendengarkanmu (membaca Al-Quran), pada hal Kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, yang menghalang mereka daripada memahaminya dan Kami jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka pekak) dan kalaupun mereka melihat tiap-tiap keterangan (dan mukjizat yang membuktikan kebenaran Rasul), mereka tidak juga akan beriman kepada keterangan itu, sehingga apabila mereka datang kepadamu, sambil membantahmu, berkatalah orang-orang yang kafir itu: Ini tidak lain hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu. Dan mereka pula melarang orang ramai dari mendengar Al-Quran dan mereka juga menjauhkan diri daripadanya, padahal mereka (dengan perbuatan yang demikian) hanyalah membinasakan diri sendiri (dengan bala bencana dan azab yang disediakan untuk mereka di dunia dan di akhirat kelak), sedang mereka tidak menyedarinya." (Surah Al-An'am 6:25-26)

Semoga Allah SWT merahmati kita semua.
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم

No comments:

Post a Comment