السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
DI SEBALIK SENARAI ANGKA BERULANG
ANGKA-ANGKA BERULANG juga disebut sebagai NOMBOR KAHWIN. Ia mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Kalau ternampak ANGKA BERULANG pada plet kereta, atau WAKTU BERULANG pada jam digital, mungkin kita akan kata: "Cantiknya nombor tu..". Sebenarnya Fenomena Angka Berulang adalah suatu BUKTI BESAR tentang kebenaran Islam. Kita akan tahu jika kita luangkan sedikit masa untuk mengkaji mengenainya.
ALLAH MENGHITUNG SATU-PERSATU
Manusia tidak dapat mengelak dari membilang atau menghitung. Tapi yang penting, manusia harus sedar bahawa Allah Maha Penghitung. Manusia punya banyak kelemahan dan kelalaian. Sebagai contoh, kalau saya menulis artikel ini, saya hanya tumpukan kepada menulis isi yang menarik serta bermanfaat menggunakan bahasa yang menarik juga tapi mudah difahami. Rupa-rupanya saya tidak mampu untuk mengira sudah berapa perkataankah atau berapa hurufkah yang telah saya tulis. Inikan pula untuk menentukan agar artikel saya ini mempunyai Rahsia-Rahsia Berulang apabila dihitung secara komprehensif menggunakan berbagai kaedah yang diketahui oleh oranglain. Saya tidak mampu melakukan sedemikian walaupun saya gunakan program yang paling canggih. Tapi Allah Maha Penghitung:
"(Tuhan mengadakan malaikat-malaikat itu) supaya Dia mengetahui bahawa sesungguhnya (dengan jagaan mereka) Rasul-rasul itu telah menyampaikan perutusan-perutusan Tuhan mereka, (dengan sempurna), pada hal Dia memang mengetahui dengan meliputi segala keadaan yang ada pada mereka, serta Dia menghitung tiap-tiap sesuatu: Satu persatu." (Surah Al-Jinn 072:28).
ANGKA BERULANG SUKAR DITEMUI
Kalaulah ANGKA BERULANG itu mudah ditemui, ianya dianggap biasa dan tidaklah mempunyai daya penarik. Kalau anda ambil masa untuk mengira berapa banyakkah Angka Berulang, anda akan dapati bahawa hanya terdapat 351 Angka Berulang dalam 10,000 angka yang awal. Dalam ertikata lain, hanya tidak sampai 4% Angka Berulang (semakin besar angka, semakin sukar ia ditemui). Sebab itulah ia punya daya penarik, bukan saja kerana ia cantik, tapi kerana ianya sukar diperolehi. Contohnya berlian amat mahal harganya kerana ianya cantik dan sukar diperolehi.
Berikut saya paparkan Jadual Angka Berulang Hingga 9999 untuk tatapan anda. Ada angka yang BERULANG SETARA seperti 11, 333, 7777. Ada yang BERULANG CERMIN seperti 141, 1001, 2882. Ada yang BERULANG BERPASANG seperti 1010, 2323, 6767. Ada yang BERULANG BERTURUT seperti 1100, 4433:

ANGKA BERULANG punya Perbendaharaannya yang tersendiri yang tersusun rapi. Beza antara dua Angka Berulang kadangkala jauh, kadangkala dekat. Kalau yang jauh, ianya mungkin berbeza 90 atau lebih seperti 1010 kemudian barulah berjumpa 1100. Kalau ia dekat, ia hanya berbeza 2 saja seperti 99 kemudian 101, 999 kemudian 1001. BEZA TERDEKAT antara 2 Angka Berulang ialah 2. Perhatikan bagaimana 2 menjadi Angka Mufrad yang mula-mula sekali disebut dalam mushaf Al-Qur'an (Ba dalam Basmalah).
ANGKA BERULANG HINGGA 141 JUMLAHNYA JUGA BERULANG
Untuk pengetahuan anda, jika dicampurkan Angka Berulang dari 11, 22 dan seterusnya hingga 141, kita akan dapat JUMLAH BERULANG 1100. Jumlah ini sebenarnya bukan sembarangan. Ianya SERUPA dengan BEZA antara Jumlah Angka Mufrad Al-Fatihah, 2323 dengan Jumlah Angka Mufrad Fawatih, 1223. Untuk yang belum tahu, Fawatih ialah semua Huruf Rumuz, 78 huruf kesemuanya, yang berada di pangkal 29 Surah dalam Al-Qur'an. Olehkerana kita sedang mengkaji huruf, saya fikir fenomena FAWATIH ini sesuai untuk dicatatkan di sini.
ILMU HITUNGAN BUKAN SESUATU YANG SIA-SIA
Oleh itu kita perlulah tahu bahawa Angka Berulang pertama ialah 11. Angka Berulang terakhir hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Ahli matematik menyatakan bahawa ANGKA mencapai TIDAK TERHINGGA (infinity). Pada pendapat saya, kalau tidak terhingga itu bukan angka lagi. Pada pendapat saya, memang ada angka yang paling banyak, tapi ia tidak diketahui oleh manusia. Yang tidak dapat menghingga itu manusia, tapi Allah Maha Mengetahui hakikat yang dikatakan oleh manusia sebagai tidak terhingga itu. Dan saya juga berpendapat bahawa angka mewakili sesuatu. Ia tidak wujud tanpa sebab. Ini kerana Allah berfirman maksudnya:
"(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka." (Surah Ali-’Imran 003:191).
Berbalik pada Angka Berulang tadi. Perlulah diketahui bahawa angka 141 adalah Angka Berulang ke 14. Begitulah seterusnya. Ianya sejajar dan mudah diketahui susunannya hinggalah Angka Berulang ke 99 iaitu 999. Perhatikan bahawa Asmaul Husna berjumlah 99. Kemudian penentuan Angka Berulang keberapa menjadi rumit sedikit bermula Angka Berulang 1001 kerana ia Angka Berulang ke 100. Untuk nampak bagaimana sukarnya, cubalah anda cari jawapannya: 1616 itu Angka Berulang keberapa? Jawabnya ke 120. Semakin besar angka, semakin sukar untuk kita kenalpasti ia Angka Berulang keberapa.
PEMILIHAN 141 DAN 2323 ITU AMAT SESUAI
Cuba lihat semula Jadual di atas. Sebenarnya bila anda mengembara di alam angka, anda akan berjumpa 141 ANGKA BERULANG sebelum anda berjumpa ANGKA BERULANG 2323. Adakah ia logik? MEMANG ia logik. Lihatlah, anda jumpa 141 sebagai Jumlah Huruf Al-Fatihah terlebih dahulu, barulah anda jumpa 2323 sebagai Jumlah Angka Mufrad kesemua huruf itu.
Kita sudah tahu bahawa Mushaf Al-Qur'an bermula dengan Huruf Ba. Dalam konteks Angka Mufrad, ia bermula dengan Angka 2. Dalam Perbendaharaan Angka Berulang, tempat kedua diduduki oleh 22. Kalau dalam konteks Angka Mufrad, ia adalah Kaf. Kalau anda hitung dari Kaf ini, 2323 memang menduduki tempat ke 141.
BUKAN SUATU KEBETULAN
Allah Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana. Dia yang menentukan bahawa Al-Fatihah itu 141 huruf dan dari sudut Angka Mufrad pula ia akan berjumlah 2323. Pemilihan angka 141 dan 2323 itu bukan sembarangan. Saya akan kongsikan beberapa perkara dengan anda. Dari Jadual di atas tadi, kita tahu bahawa 2323 adalah Angka Berulang ke 142. Kita lihat maksud Ayat 142 dalam Al-Qur'an:
"Dan mereka berkata: ‘Hendaklah kamu menjadi penganut agama Yahudi atau Nasrani, niscaya kamu mendapat petunjuk’. Katakanlah: ‘Tidak, bahkan (kami mengikuti) agama Ibrahim yang lurus. Dan bukanlah dia (Ibrahim) dari golongan orang musyrik’." (Surah Al-Baqarah 002:135).
Lihat semula Jadual di atas. Kalau kita campurkan semua 142 Angka Berulang itu (hingga 2323) maka kita akan dapat jawapan 121,946. Sekarang kita tentukan di manakah angka itu berada dalam 6236 Ayat Al-Qur'an. Dengan sedikit perkiraan kita dapati ianya berada di Ayat 3462. Ayatnya bermaksud:
"Dan engkau tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang-orang yang buta (mata hatinya) supaya menjauhi kesesatan mereka, engkau tidak dapat memperdengarkan (seruanmu itu) melainkan kepada orang-orang yang sedia beriman akan ayat-ayat keterangan Kami kerana mereka orang-orang yang menurut perintah." (Surah Ar-Rum 030:53).
Pada posisi manakah pula 121,946 itu berada dalam Al-Fatihah? Bahagikan dengan 141, kita dapat POSISI IMPLISIT 122. Kita perhatikan pula apakah dia Ayat 122 dalam Al-Qur'an. Ianya bermaksud:
"Dan kepunyaan Allahlah timur dan barat, maka ke mana pun kamu menghadap di situlah wajah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya) lagi Maha Mengetahui." (Surah Al-Baqarah 002:115).
Untuk pengetahuan anda juga, Jumlah Huruf Al-Fatihah jika dikira bermula dari "Alhamdulillah.." ialah 122. Jumlah Mufradnya pula ialah 2030. Sesungguhnya ANGKA-ANGKA BERULANG adalah salah satu BUKTI KETEPATAN dan BUKTI KERAPIAN susunan huruf-huruf dalam Al-Fatihah khasnya dan seluruh Al-Qur'an amnya. Malah semua itu bukanlah suatu KEBETULAN.
Semoga Allah SWT merahmati kita semua.
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
No comments:
Post a Comment