السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
RAHSIA WAKTU BERULANG
Ini adalah satu artikel yang luarbiasa sedikit. Mungkin pula ada yang menganggapnya karut (absurd). Saya berharap agar anda membacanya dengan hati yang tenang dan terbuka serta cuba fahami apa yang ingin saya jelaskan. Apa pun, ini adalah hasil pemerhatian saya terhadap WAKTU YANG BERULANG dan beberapa perkara berkaitan AL-'ASR (MASA) yang ingin saya kongsikan dengan anda berkaitan kebenaran Al-Qur'an dan hakikat bahawa Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
FENOMENA MASA YANG PENUH MISTERI
MASA adalah satu fenomena alam yang punya berbagai rahsia. Betapa tidak. Allah mengurniakan kelebihan kepada Sulaiman a.s. untuk menundukkan angin hingga baginda boleh bergerak amat pantas:
"Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya: sepagi perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan dan sepetang perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan dan Kami alirkan baginya mata air dari tembaga dan (Kami mudahkan) sebahagian dari jin untuk bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya dan sesiapa dari jin itu yang menyeleweng dari perintah Kami, Kami akan merasakannya (pukulan) dari azab api Neraka." (Surah Saba’ 034:12)
Malah, dengan kuasa dan kehendak Allah, jarak jauh boleh didekatkan sebagaimana mafhum firmanNya:
"Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata! Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah." (Surah An-Naml 027:40).
MASA PUNYA FENOMENA BERULANG
Manusia memang pandai membilang hari. Walaupun anda tinggal di kutub utara atau selatan, sehari akan tetap 24 jam. Ertinya ia adalah 06+06+06+06 jam. Walaupun pada masa kini perkiraan masa boleh menjadi sekecil 'split-second', pada kebiasaannya unit terkecil perkiraan masa yang biasa digunakan oleh manusia ialah minit. Detik atau saat jarang diperhatikan walaupun detik itulah yang menjadikan minit. Tapi adakah anda sedar bahawa MASA mempunyai faktor 6? Cuba kita lihat: 24 jam adalah 6 jam 4 kali sedangkan satu jam ialah 6 minit 10 kali dan satu minit ialah 6 saat 10 kali. Maksud saya ialah: Dalam sehari semalam, faktor 6 memang memainkan peranan disebalik menghitung waktu.
Eloklah saya paparkan kepada anda sumpah Allah s.w.t. berkaitan dengan waktu. Ianya berada dalam surah yang selalu kita baca, iaitu Surah Al-'Asr 103 Ayat 1:

"Demi Masa!" (Surah Al-'Asr 103:1) .:: JUMLAH HURUF 5 : 66 JUMLAH ANGKA MUFRAD ::. |
Untuk pengetahuan anda, perkataan "Al-'Asr" itu dari segi Jumlah Mufradnya BERULANG 66. Subhanallah. Cuba anda perhatikan angka 66 itu dalam konteks masa. 60 minit campur 06 minit, atau 60 saat campur 06 saat. Secara ringkasnya 66 adalah simbol waktu yang bergerak pantas kerana bila sudah 60 ia sudah masuk ke minit atau jam yang lain sedangkan 06 adalah masa berulang pertama yang SERUPA dan IMEJ CERMIN (dalam konteks dua digit). Tidak faham atau tidak nampak? Tidak mengapa, bacalah seterusnya.
Sebelum ini saya ada catat bahawa sebagai manusia biasa, kita akan gunakan minit sebagai unit terkecil menghitung masa. Contohnya jam 6:06. Berapa minitkah 24 jam itu? Ianya adalah 24 x 60 = 1440 minit. Tapi sedarkah anda minit ke berapakah berubahnya hari? Setiap hari akan bermula pada minit BERULANG iaitu minit ke 1441. Dalam ertikata lain, setiap hari yang baru akan bermula dari MINIT KE 1441 YANG BERULANG.
Cantik bukan? Angka 1441 itu memang cantik. Ia SERUPA JENIS dengan angka 141 iaitu Jumlah Huruf Al-Fatihah dan angka 114 iaitu Jumlah Surah Dalam Al-Qur'an. Sempena angka 1441, saya paparkan kepada anda Ayat ke 1441 dalam Al-Qur'an. Ia berada di Surah Yunus:
"(Mendengarkan yang demikian), Nabi Musa bertanya: Patutkah kamu berkata demikian terhadap sesuatu kebenaran ketika datangnya kepada kamu? Adakah bawaanku ini sihir? Sedang ahli-ahli sihir itu sudah tetap tidak akan berjaya." (Surah Yunus 010:77).
Sekadar renungan menambah pengetahuan, Iraq telah diserang oleh Amerika (kerana difitnah memiliki senjata pemusnah besar-besaran) setelah Resolusi 1441: United Nations Security Council Resolution 1441 is a resolution by the UN Security Council, passed unanimously on November 8, 2002, offering Iraq "a final opportunity to comply with its disarmament obligations" that had been set out in several previous resolutions (Resolution 660, Resolution 661, Resolution 678, Resolution 686, Resolution 687, Resolution 688, Resolution 707, Resolution 715, Resolution 986, and Resolution 1284).
MEMPERHATIKAN JADUAL MASA BERULANG
Berikut pula saya paparkan kepada anda berapa kalikah dalam sehari semalam anda berpeluang melihat WAKTU BERULANG (jika anda gunakan jam digital). Lihat Jadual di bawah. Dalam sehari semalam, 128 minit dari 1440 minit adalah WAKTU BERULANG. Ianya adalah 9% dari masa satu hari. Maksudnya, peluang untuk anda melihat WAKTU BERULANG ialah kira-kira setiap 11 minit.
Sempena 128 minit itu, kita perhatikan apakah Ayat 128 dalam Al-Qur'an. Ianya terletak pada kedudukan BERULANG iaitu di Surah 2:121:
"Orang-orang yang telah Kami berikan Al Kitab kepadanya, mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itu beriman kepadanya. Dan barang siapa yang ingkar kepadanya, maka mereka itulah orang-orang yang rugi." (Al-Baqarah 002:121.
MEMPERHATIKAN 66 DENGAN LEBIH LANJUT
Saya harap anda masih ingat pada ANGKA BERULANG 66 iaitu Jumlah Mufrad perkataan "Al-'Asr" tadi. Sekarang sila perhatikan pula Jadual di bawah ini. Setiap WAKTU BERULANG yang dipaparkan dalam Jadual di atas tadi saya tukarkan kepada Minit. Kemudian, untuk tujuan pemerhatian lanjut, saya jumlahkan kesemua minit ini. Ianya berjumlah 95338.
Anda mungkin bertanya mengapakah saya campurkan, tentulah jawapannya SALAH sebab sudah tentu ianya LEBIH dari 1440 minit. Berilah saya peluang untuk jelaskan dahulu kepada anda. Sekarang, cuba cari INTEGER angka 95338 dibahagikan dengan faktor 1440 tadi. Anda akan dapat jawapan INTEGER BERULANG 66. KEBETULAN ianya SERUPA dengan Jumlah Mufrad perkataan "Al-'Asr"? Beri saya peluang untuk catat lagi. Sementara itu, bolehlah lihat Jadual berikut:
Sekarang cuba kita cari POSISI IMPLISIT angka 'magis' 95338 itu dalam 6236 Ayat Al-Qur'an. Maksudnya, ia akan jatuh pada Ayat yang mana. Bila dikira, 95338 bahagi 6236 akan berbaki 1798. Kita lihatlah Ayat ke 1798 dalam Al-Qur'an. Ianya jatuh pada Surah Ibrahim 14:48:
"(Ingatlah) masa hari bumi ini diganti dengan yang lain, demikian juga langit, dan manusia semuanya keluar berhimpun mengadap Allah, Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa." (Surah Ibrahim 014:48).
KEBETULAN? Lihatlah bahawa ayat ini menceritakan tentang masa atau hari. Baca seterusnya.
Tertarik dengan angka SEMPENA SURAH 14:48? Cuba TUKARKAN KEPADA MINIT. Ianya ialah (14 x 60)+48 = ANGKA BERULANG SETARA 888. Subhanallah. Berapakah JUMLAH MENDATARNYA? Mendatar PERINGKAT PERTAMA ianya 24. KEBETULAN SERUPA 24 JAM? Kalau 6666 juga mendatar 24, bukan? Dan 24 mendatarnya 6? Pening? Itulah bukti kekuasaan Allah dan kebenaran Al-Qur'an. Mungkin para skeptik akan tertawakan cara saya menerangkan perkara ini, tidak mengapa. Saya hanya kongsikan apa yang saya nampak.
Pada skeptik mungkin tuduh saya sudah MENIPU. Ini kerana saya gunakan INTEGER, maknanya angka itu mungkin ADA BAKI. Memang benar ada baki, tapi saya bukan hendak tipu. Malah saya akan terangkan. Sebenarnya kalau 95338 dibahagi faktor 1440 akan jadi 66.206944. Ambil angka .206944 darabkan 1440 akan dapatlah BAKI 298. Adakah Allah LUPA pada baki 298 itu? Kita lihat Ayat ke 298 dalam Al-Qur'an. Ianya berada di Surah Ali-'Imran:
"Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi kepadaNya sesuatu pun yang ada di bumi dan juga yang ada di langit." (Ali-’Imran 003:5).
Kini terpulanglah pada anda untuk memikirkan sama ada ini semua KEBETULAN atau memang BETUL.
KESIMPULAN
Mungkin artikel ini dianggap pelik atau dianggap 'diada-adakan' oleh saya sendiri untuk menegakkan hujah-hujah saya. Terpulanglah kepada anda untuk menganggap bagaimana. Saya hanya ingin berkongsi maklumat dengan anda mengenai fenomena ganjil MASA BERULANG. Kalau anda tidak percaya apa yang saya catat pun tidak mengapa, tapi saya yakin anda percaya pada mafhum firman Allah:
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." (Surah Al-’Asr 103:1-3).
Wallahua'lam.
Semoga Allah SWT merahmati kita semua.
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
No comments:
Post a Comment