السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
APA SUDAH JADI PADA DR SINGH
Alhamdulillah, sebelum Ramadhan saya telah sempat terbitkan beberapa artikel HASIL KAJIAN. Artikel ini pula adalah satu REVIEW terhadapnya. Alhamdulillah, respon terhadap artikel tersebut amat menggalakkan. Ramai yang VOTE sebagai mesej agar umat Islam lebih kerap membaca Al-Qur'an, memahami maksudnya, memperhatikan, mengkaji dan mempraktikkan ajaran Al-Qur'an dalam kehidupan.
Sebahagian dari isi kandungan artikel menyentuh penemuan matematik atau kisah yang mungkin dianggap pelik oleh sesetengah pihak. Mungkin juga ada pihak yang menganggap antara isi kandungannya sesuatu yang kontroversi. Namun saya menyeru semua sahabat-sahabat seagama dengan saya agar meneliti dan kaji dulu (dengan bertanya kepada orang-orang 'arif dalam agama) mengenai bagaimanakah luasnya ilmu dalam Islam ini sebenarnya. Kalau kita sudah dianggap atau anggap diri kita banyak tahu pun, sebenarnya kita hanya tahu sedikit. Banyak perkara yang kita masih tidak tahu sebenarnya. Allah Maha Mengetahui dan Dia Maha Bijaksana dalam mengatur kesemuanya.
Pengalaman-pengalaman yang saya kongsikan itu sebenarnya adalah pengalaman insan biasa seperti anda semua juga. Saya, anak buah saya, dan (ramai juga) yang mengalami ini bukanlah orang-orang yang istimewa pula. Semua itu adalah anugerah dan hidayah Allah agar kita dapat sedar tentang kebesaranNya. MasyaAllah.
Semua Muslim sebenarnya berpeluang untuk mengalami hal yang sama, asalkan mereka selalu membaca Al-Qur'an dan jadikan Al-Qur'an sebagai panduan hidup mereka (cubalah secara sedikit demi sedikit tapi istiqamah). Kami pun bukanlah orang yang warak sangat atau 'alim sangat. Biasa saja. Tapi pengalaman-pengalaman itu telah menyebabkan kami selalu ingat pada Allah dalam apa jua yang sedang kami lakukan. Dan ia menyebabkan kami cintakan ilmu pengetahuan serta hikmah. Bila kami nyatakan sedemikian, bukanlah kami ingin menunjuk-nunjuk atau membangga diri, kami sebenarnya bersyukur kepada Allah. Tanpa hidayahNya kita semua tentulah meraba-raba mencari kebenaran dalam gelap pekat. Perumpamaannya adalah ibarat kita berada di dasar laut (di sana amat gelap), hinggakan bila kita angkat tangan kita untuk melihatnya, kita tidak nampak sedikit pun tangan kita itu (carilah ayat yang menyentuh hal ini, dalam Surah An-Nur).
Dulu, seorang pensyarah saya yang beragama Sikh datang dari sebuah institut keusahawanan di India (saya berpeluang berkursus Penceramah Lanjutan sebulan dengannya di Lumut) pernah berbual dengan saya (dalam bahasa Inggeris) sambil makan tengahari:
Dr Singh: "Tahun hadapan saya tidak akan jadi penceramah lagi."
Ibnu Yusof: "Kenapa?"
Dr Singh: "Saya mahu jadi hermit (pertapa)."
Ibnu Yusof: "Sebab apa?"
Dr Singh: "Saya mahu cari kebenaran.."
Ibnu Yusof: "Sebenarnya kebenaran terpampang di depan mata anda. Anda tidak perlu cari ia di tempat lain (dengan bertapa)."
Dr Singh: ".... (diam)..."
Saya difahamkan oleh kawan saya (seorang trainer yang senior) bahawa Dr Singh ini datang ke Malaysia dengan satu misi, iaitu untuk mempengaruh orang-orang Islam agar terpesong akidahnya. Kata kawan saya itu, cara dia mempengaruh ialah dia akan cuba pujuk wanita dahulu (kerana wanita mudah terpengaruh), kemudian wanita itu pula akan pujuk lelaki (kerana sebahagian lelaki jadi lemah bila dipujuk oleh wanita). Sebab itu, semasa kawan saya itu mahu pulang sebentar ke Kuala Lumpur (ada urusan), dia telah berpesan pada saya agar 'tengok-tengokkan' kawan-kawan yang lain yang sama berkursus. Saya jawab: "InsyaAllah".
Pada satu hari, seorang demi seorang dari kami telah diarahkannya pergi ke depan kelas untuk beri ceramah, dia pula akan menilai isi dan gaya ceramah. Tiba giliran saya, antara yang saya cakapkan ialah "Wahai saudara-saudaraku, hendaklah kita semua bersatu dan hindarkanlah diri kita dari sebarang pengaruh yang mahu menghancurkan kita." Kemudian saya bacakan ayat Qur'an "Wa'tasimu bihablillaahi jami'an wala tafarraqu." (Maksudnya: Berpegang teguhlah kamu pada tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah) sambil menggerakkan tangan-tangan saya (agak bersemangat juga saya pada ketika itu). Kemudian saya pun duduk semula.
Semasa saya berada dalam bilik saya sendiri, telefon bilik berdering. Saya angkat.
Ibnu Yusof: "Siapa ni?"
Dr Singh: "Saya, Dr Singh"
Ibnu Yusof: "Oh.. Dr Singh.. Kenapa call saya?"
Dr Singh: "Saya nak ucapkan tahniah pada awak sebab telah beri ceramah yang (isinya) tak pernah saya saksikan sebelum itu."
Ibnu Yusof: "Biasalah.. Terima Kasih."
Dr Singh: "Sama-sama."
Kenapa saya jawab: "Biasalah.."? Adakah saya telah bersikap sombong kepada Dr Singh? Sebenarnya tidak. Maksud saya ialah memang menjadi kebiasaan bagi orang-orang Islam untuk berpesan-pesan atas kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. Dan saya pula, hanya menjalankan tanggungjawab saya sebagai sesama Muslim.
Persaksikanlah bahawa Islam adalah agama yang benar. Ia adalah agama dari sisi Allah. Janganlah kita mati melainkan dalam agama Islam. Pope Kristian pun tahu bahawa agama Kristian itu tidak akan menolong umat Kristian masuk syurga, kerana dia TAHU bahawa KUNCI SYURGA adalah dua kalimah syahadah. Ini bukan kenyataan yang saya buat-buat. Dia (Pope) adalah salah seorang ahli kitab. Dia tahu bagaimana nasibnya di akhirat kelak. Sebab itu di akhir hayatnya sendiri, dia akan cuba untuk mengucapkan kalimat itu. Mungkin sudah terlambat.. Wallahua'lam.
Oleh kerana itu, kita yang sudah sedia Muslim, sepatutnyalah mengucapkan dua kalimah syahadah itu setiap ada kesempatan, paling kurang pun ketika solat (semasa Tahyat). Ini kerana kita tidak tahu bilakah nyawa kita akan dipisahkan dari badan. Ingatlah selalu kepada Allah, mudah-mudahan dengan itu Dia tidak jadikan kita lupa pada diri kita sendiri.
Itulah sebabnya saya tuliskan artikel HASIL KAJIAN. Ada kalanya kita perlu berhadapan dengan orang-orang bukan Islam. Apakah yang kita bawa? Apakah bekalan kita untuk menolak tohmahan mereka? Kalau pun mereka tidak mahu terima hujah kita, sekurang-kurangnya mereka tahu rupa-rupanya umat Islam ini tidak boleh dipandang rendah, tidak boleh dianggap seperti buih-buih yang hanyut.

Semoga Allah SWT merahmati kita semua.
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
No comments:
Post a Comment