السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
TUHAN TIDAK PERLU DISALIB
Kali ini saya akan kongsikan kepada anda satu saja kisah benar. Walaupun hanya satu, saya harap anda baca dan renungkan. Cuba fahami yang tersirat. Mungkin ada sesuatu untuk anda renungkan hasil membaca kisah itu.
Saya mulakan dengan mafhum firman Allah: "Dan Dia memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kebesaranNya dan kekuasaanNya (melalui Rasul-rasulNya dan pada makhluk-makhluk yang dijadikanNya), maka di antara tanda-tanda kesempurnaan Allah, yang mana satu, yang kamu ingkari?" (Ghafir 040:81).
BERUNTUNGNYA ORANG ISLAM
Ketahuilah bahawa umat Islam itu amat beruntung. Kenapa beruntung? Umat Islam beruntung kerana Allah amat dekat kepada setiap individu Islam yang mendekatkan diri denganNya (muqarrab). Ini pasti. Umat Islam tidak perlukan Pope atau Rahib atau Sami untuk doakan mereka, tidak perlu keluarkan wang yang banyak untuk dapatkan Sijil Pengampunan. Umat Islam berdoa secara percuma, tidak ada sebarang bayaran, dan boleh saja berdoa setiap ada kesempatan. Orang Islam digalakkan berdoa pada setiap masa, sebaiknya sebelum melakukan sebarang usaha atau amal kebajikan, tidak hanya berdoa selepas solat. Orang Islam tak perlu buat 'confession' di depan seseorang yang bersembunyi di belakang tirai. Umat Islam terus 'confess' kepada Allah tanpa sebarang bayaran, pada bila-bila masa, sekerap mana yang mereka ingin lakukan.
"Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina." (Ghafir 040:60).
Malah, orang Islam beruntung kerana bila dia berdoa, dia tidak perlu cakapkan agar di dengar oleh orang lain. Dalam hati pun seorang Muslim boleh berdo'a, kerana Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Malah, sebelum seorang Muslim berdo'a pun Allah sudah tahu, dan bila seorang Muslim tergerak untuk berdo'a, maknanya Allah sudah sedia untuk mengabulkan do'a itu. InsyaAllah. Ini adalah antara sebesar-besar rahmatNya ke atas hambaNya seluruh umat Islam.
"Dialah Yang Tetap Hidup, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, maka sembahlah kamu akan Dia dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepadaNya semata-mata. Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam." (Ghafir 040:65).
Hubungan seorang Muslim dengan Allah adalah secara langsung. Secara 'direct'. Bacalah Al-Qur'an dan persaksikanlah bagaimana para Rasul berdoa ke hadrat Allah. Banyak kisah sebenarnya. Tidak ada perantaraan, tidak perlu kepada patung-patung, tidak perlu sembah pokok besar, tidak perlu letakkan keris, tanjak di Tokong, tidak perlu berikan kepada Allah buah limau, epal atau anggur, malah tak perlu buang ancak:
"Katakanlah (wahai Muhammad): Patutkah aku mengambil (memilih) pelindung yang lain dari Allah yang menciptakan langit dan bumi dan Dia pula yang memberi makan dan bukan Dia yang diberi makan? Katakanlah: Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menjadi orang yang pertama sekali menyerah diri kepada Allah (Islam), dan (aku diperintahkan dengan firmanNya): Jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan orang-orang musyrik itu." (Al-An’am 006:14).
Carilah agama yang agung seagung agama Islam untuk anda bandingkan. Mengaku sajalah. Anda tidak akan jumpa. Jika anda Islam, Allah galakkan anda memohon kepadaNya (berdoa). Tidak cukup dengan itu, Allah janji pula akan perkenankan semua doa anda! Setiap orang Islam diangkat mertabatnya berbanding mahkluk lain dan mereka boleh berdoa sendiri terus ke hadrat Allah. Apakah Allah tidak terlayan doa yang sebegitu banyak dan datang pada setiap 'split second'? Allah Maha Berkuasa, Maha Bijaksana, Maha Berilmu. Itu amat mudah bagi Allah.
Kalaulah anda jadikan manusia sebagai Tuhan, memanglah dia tidak terlayan sebab dia hanya manusia biasa seperti anda. Tuhan kita ialah Allah, Tuhan kepada Musa a.s., Tuhan kepada Isa a.s., Tuhan kepada Muhammad s.a.w., Tuhan kepada seluruh alam. Dia Hidup. Dia Berdiri Sendiri. Dia tidak perlu jadi manusia kemudian jadi Rasul untuk selamatkan umat manusia yang lain. Dia utuskan Rasul dari kalangan hambaNya yang soleh sebagai rahmat kepada umat manusia. Dia tidak perlu 'kena salib' untuk ampunkan dosa umat manusia (malah hambaNya para Rasul pun tidak perlu disalib untuk ampunkan dosa umat manusia). Fikirkanlah, terutama mereka yang telah menghina Islam. Sesungguhnya Islam adalah agama dari sisi Allah, satu-satunya Tuhan yang sebenar.
Umat Islam amat beruntung kerana mereka memang digalakkan berdoa terus kepada Allah, dan Allah mampu memberikan petunjuk terus-menerus atau langsung kepada setiap hambaNya yang dikehendakiNya menerusi ilham dan sebagainya lagi. Beruntunglah seorang Muslim kalau tergolong kepada hambaNya yang mendapat naungan sifat Ar-Rahim:
"Dialah yang menghidupkan dan mematikan, oleh itu apabila Dia menetapkan jadinya sesuatu perkara maka Dia hanya berfirman kepadanya: Jadilah engkau! Lalu menjadilah ia." (Ghafir 040:68).
BACALAH AL-QUR'AN
Sebenarnya kalau Allah mahu mengajarkan sesuatu kepada hambaNya, ianya amat mudah bagiNya. Dia hanya berfirman "Kun" saja kemudian segalanya akan berlaku menurut kehendakNya. Saya ingin kongsikan pengalaman saya sendiri iaitu semasa saya masih bujang 24 tahun lampau. Ketika itu saya bekerja di sebuah badan berkanun kerajaan dan pejabat saya bekerja di masa itu ialah di Batu Pahat, Johor.
Pada satu hari di waktu itu, saya telah berjumpa Pengetua Sekolah Menengah Datin Onn kerana urusan pejabat. Semasa bertemu beliau (seorang lelaki, sudah berumur dalam lingkungan 50 tahun) saya dapati bahawa di atas meja beliau ada satu Tafsir Al-Qur'an. Saya terlihat keganjilan kerana pada waktu itu jarang ditemui seorang pegawai kerajaan meletakkan Tafsir di atas mejanya. Mungkin dia perasan apa yang saya sedang lihat dan Allah kurniakan firasat kepadanya hingga dia dapat baca apa yang saya sedang fikir. Lantas dia berkata "Macam itulah saya. Bila saya ada sebarang masalah, saya akan buka Qur'an. Di sana ada jawapannya.."
Saya temui satu lagi keganjilan. Sejak lahir hingga umur saya (ketika itu kurang lebih) 23 tahun, tidak pernah saya dengar kenyataan sedemikian mengenai Al-Qur'an. Saya pandang mukanya, sebagai orang lama, dia mungkin faham bahawa saya inginkan penjelasan. Lantas dia berkata: "Bila saya ada masalah, saya baca Ta'awudz (ini ada disyaratkan dalam Al-Qur'an), kemudian baca selawat (ini bukan syarat tapi elok dilakukan sebagai tanda ingat kepada Rasulullah s.a.w.), saya mohon ke hadrat Allah agar Dia berikan jawapan kepada masalah saya. Kemudian saya buka Al-Qur'an dan baca saja (maksud) apa yang telah saya buka itu.."
Dia juga telah berkata kepada saya: "Setiap bulan saya khaskan sebahagian dari gaji saya untuk beli buku-buku. Bila saya jumpa buku yang saya minat, saya akan beli. Kita kena beli pada masa itu walaupun kita tidak ada masa untuk baca di masa terdekat, sebab kalau kita tak beli, mungkin kita tidak jumpa buku itu lagi bila datang pada kali yang lain kerana biasanya buku hanya dicetak sekali dua saja. Satu masa nanti, kita akan cari dan baca buku yang telah kita beli itu."
Semoga kita umat Islam meletakkan ilmu pengetahuan di tempat yang sewajarnya. Sesungguhnya Islam itu ditegakkan dengan ilmu pengetahuan, bukan dengan mata pedang. Wahyu pertama bermula dengan perkataan Iqra' (Bacalah). Semoga Allah merahmati kita semua.
Mafhum firman Allah:
"Sesungguhnya Kami tetap membela serta mempertahankan Rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia ini dan pada saat bangkitnya saksi-saksi (pada hari kiamat) .(Iaitu) pada hari yang tidak berguna bagi orang-orang yang zalim dalihan-dalihan mereka untuk melepaskan diri dan mereka akan beroleh laknat, serta mereka beroleh seburuk-buruk tempat tinggal." (Ghafir 040:51-52).
Semoga kita semua mendekatkan diri kita kepadaNya dan sentiasa hidup dalam keredhaanNya serta kembali dalam keredhaanNya jua. Selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan Al-Mubarak.
Wassalam.

MORAL: Segala yang berlaku ada bersebab. Ayat Al-Qur'an pun turun bersebab.
Semoga Allah SWT merahmati kita semua.
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
No comments:
Post a Comment