Wednesday, August 10, 2011

CAHAYA BERLAPIS CAHAYA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

CAHAYA BERLAPIS CAHAYA
Pada kali ini saya tidak akan tulis panjang. Saya hanya petik maksud Surah An-Nur 024:35 dan kemudian paparkan imej sebahagian dari Ayat 35 tersebut yang berbunyi "Nurun 'ala Nur". Ianya 9 huruf dan mempunyai Jumlah Angka Mufrad BERULANG 191. Saya catat sebagai bahan renungan dan berita gembira bagi umat Islam.
MAKSUDNYA "CAHAYA BERLAPIS CAHAYA"
ATAU "CAHAYA BERGANDINGAN DENGAN CAHAYA'
"Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah ‘misykaat’ yang berisi sebuah lampu, lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang, lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari), hampir-hampir minyaknya itu dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api, (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayatNya itu dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (An-Nur 024:35).

Semoga Allah SWT merahmati kita semua.
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم

No comments:

Post a Comment