Wednesday, August 10, 2011

BETUL BUKAN KEBETULAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

BETUL BUKAN KEBETULAN

Sebenarnya Al-Qur'an itu mempunyai berbagai BUKTI bahawa ia adalah kitab yang benar dari sisi Allah. Salah satu darinya ialah bukti ANGKA-ANGKA BERULANG yang terdapat di dalamnya. Sekiranya kita ambil sedikit masa dan mengkaji, kita akan tahu bahawa FENOMENA BERULANG yang ada dalam Al-Fatihah dan Al-Qur'an itu bukan suatu kebetulan.

FENOMENA IMEJ CERMIN DAN FENOMENA DI DUA-DUAKAN

Al-Fatihah mempunyai 21 jenis huruf. Dalam ertikata lain, 120 huruf mengulangi 21 jenis huruf ini. Kalau ditulis dalam konteks tiga digit, ianya 120:021. Ia IMEJ CERMIN. Kalau dihitung Jumlah Angka Mufrad 21 jenis huruf Al-Fatihah, ianya 329, bukan angka berulang. Namun ia adalah angka serupa jenis dengan Jumlah Mufrad Basmalah 293. Saya dekatkan 329:293. Ia FENOMENA DI DUA-DUAKAN.

Sila perhatikan semula Surah Al-Fatihah. Ianya terdiri dari 7 Ayat. Perkiraan di atas tadi adalah secara pukal iaitu menghimpunkan kesemua 7 Ayat sekaligus. Sekarang kita cari pula jenis huruf bagi Setiap Ayat. Lihat imej di bawah ini. Angka sebelah kanan ialah Jumlah Jenis Huruf bagi Setiap Ayat. Angka sebelah kiri ialah Jumlah Angka Mufradnya:
TERDAPAT 75 HURUF KESEMUANYA YANG MEWAKILI JENIS HURUF SETIAP AYAT.
JUMLAH ANGKA MUFRAD BERULANG 1221.
BILA 75 CAMPUR MENDATAR DAPAT 12 : 21 IALAH JENIS 141 HURUF AL-FATIHAH

FENOMENA SEIMBANG

Kesemua huruf yang mewakili Setiap Ayat dari segi JENIS ialah 75 Huruf. Ini bermakna huruf-huruf yang MENGULANGI 75 HURUF ini berjumlah 141-75= BERULANG 66. Kalau anda perhatikan betul-betul, ianya adalah hasil perhitungan yang AMAT RAPI kerana jika kita campur mendatar angka-angka tersebut, ia akan hasilkan jawapan yang SEIMBANG. Lihat 7+5=6+6 atau 12:12. Saya laporkan apa yang saya nampak. Terpulang pula pada anda sama ada mahu setuju dengan saya atau sebaliknya.

FENOMENA SERUPA JENIS

Anda boleh perhatikan bahawa dari segi Jenis Huruf <> Angka Mufrad, ianya 75 <> 1221 dan bakinya 66 <> 1102. Semua huruf ialah 141 <> 2323. Sila lihat angka 1221:1102. Kali ini kita dapat lihat pula FENOMENA SERUPA. Perhatikan bahawa kedua-dua belah ada angka 1-2. Ini adalah bukti Kebenaran Al-Qur'an.

IANYA PERKIRAAN YANG AMAT BIJAK

Al-Fatihah itu sudah sedia terhitung oleh Allah Yang Maha Penghitung. Kalau kita sudah ada pengalaman sedikit dalam mengkaji FENOMENA BERULANG ini, kita akan nampak bahawa angka 1221 itu adalah perkiraan yang amat bijak. Kalau dicampur mendatar angka 22 di tengah itu, ia akan jadi 141. Apa pun, jumlah mendatarnya 1+2+2+1=6 juga. Iaitu angka yang 'dibenci' oleh ahli-ahli kitab (baca artikel saya sebelum ini).

KESIMPULAN

Kali ini saya kemukakan beberapa jenis FENOMENA. Anda bolehlah rujuk dalil-dalil di Surah Al-Hijr 15:87, Surah Az-Zumar 39:23, Surah Yasin 36:36 dan banyak lagi dalil dalam artikel berjudul Dalil Kajian. Saya catat secara ringkas, tapi saya fikir sesiapa yang telah membaca Hasil Kajian dari awal akan lebih faham dan lebih menghayati. Bagi yang minat pada kajian ini, sila baca berulangkali dan buat perkiraan sendiri. Itu yang lebih baik. Apa yang saya dedahkan di atas tadi adalah BUKTI-BUKTI bahawa Al-Qur'an itu adalah benar dari sisi Allah s.w.t. dan bukan ciptaan Muhammad s.a.w. sebagaimana tuduhan orang-orang kafir.

Semoga Allah merahmati kita semua. Wassalam.

Semoga Allah SWT merahmati kita semua.
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم

No comments:

Post a Comment