Wednesday, August 10, 2011

JANGAN TERPERANJAT…

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

JANGAN TERPERANJAT…

Saya sambung artikel Hasil Kajian. Kali ini, sebagaimana biasa, saya akan kongsikan bersama satu berita baik untuk semua umat Islam. Kita sepatutnya membanyakkan berzikir dan selawat! Kalau boleh, kita zikir dan selawatlah bila saja ada kesempatan. Sebenarnya orang-orang Islam itu beruntung. Zikir dan selawat itu punya RAHSIA BERULANG, dan itu adalah BUKTI KEBENARAN ISLAM, ia juga adalah BUKTI KEBENARAN AL-QUR'AN (kerana hal ini saya temui semasa mengkaji Al-Qur'an).

Sebenarnya Fenomena Berulang itu dapat anda perhatikan dengan jelas jika anda mengkaji Al-Qur'an. Saya telah kaji Al-Fatihah (dan Al-Qur'an) selama lebih 20 tahun. Jadi, dalam artikel kali ini biarlah saya buat ringkasan mengenai hasil kajian saya itu, sebab sebelum ini tidak pernah saya catat:

Al-Fatihah itu sebenarnya mempunyai FENOMENA BERULANG yang amat jelas hinggakan kalau diibaratkan anda masukkan kesemua huruf Al-Fatihah itu (dengan tidak menjejaskan susunannya) ke dalam bejana (bekas) yang berbagai bentuk dan anda hitung berbagai aspek dari bentuk itu (tanpa mengurangkan atau menambahkan sedikit pun perkiraan anda), anda akan temui JUMLAH BERULANG. Ia berlaku secara PASTI selama lebih 20 tahun kajian saya. Memang saya tidak kaji setiap hari, namun bila saya dapat ilham dan kaji, ianya InsyaAllah akan menghasilkan JUMLAH BERULANG. Subhanallah.

Saya akan kongsikan di sini, kali ini, secebis dari penemuan saya hasil kajian. Ianya apa yang boleh anda semua dan saya sendiri amalkan dalam kehidupan sehari-hari.

Mungkin anda pun selalu baca perkataan berikut sebagai sebahagian dari isi tasbih atau selawat. Ianya mempunyai Jumlah Mufrad BERULANG 222 dan 232:
"Pada setiap pandangan mata dan tarikan nafas. Segala-galanya meliputi dalam ilmu Allah."

Itu adalah rangkap yang biasanya berada dalam selawat-selawat yang dibaca oleh umat Islam serata dunia. Saya akan berikan selawat-selawat itu kemudian nanti. Sekarang cuba lihat pula tasbih yang memang jadi amalan kita umat Islam. Ianya juga mempunyai Jumlah Mufrad BERULANG:
"Maha Suci Allah, dan syukur ke hadrat Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar" (Jumlah Mufrad 616).
"Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa" (Jumlah Mufrad 484).

Bacalah tasbih, tahmid, tahlil dan takbir di atas bila saja ada masa terluang terutamanya selepas solat. Mudah-mudahan Allah akan merahmati kita semua dan meletakkan kita di kalangan kekasihNya. Perlukah saya catatkan lagi? Untuk tambah pengetahuan anda, selawat-selawat yang biasa anda baca itu pun punya RAHSIA BERULANG. Jadi selalulah berselawat:
"Selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad s.a.w. dan ke atas keluarganya dan para sahabatnya. Pada setiap pandangan mata dan tarikan nafas. Segala-galanya meliputi dalam ilmu Allah." (Jumlah Mufrad 1100).

Anda boleh juga baca selawat yang berikut. Pada hari Juma'at, elok datang awal ke masjid. Elok ambil tempat paling depan dan menghadap mimbar agar jelas dapat di dengar khutbah yang akan disampaikan. Masa iktiqaf, bacalah selawat banyak-banyak, berbagai jenis selawat pun boleh.
"Selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad s.a.w. dan ke atas keluarganya. Pada setiap pandangan mata dan tarikan nafas. Sebilang-bilang, segala-galanya meliputi dalam ilmu Allah." (Jumlah Mufrad 999).

Ada banyak lagi yang saya akan kongsikan bersama anda. InsyaAllah. Apa yang penting ialah untuk saya catat sekali lagi kepada mereka-mereka yang menghina Islam bahawa agama Islam adalah satu-satunya agama yang benar dari sisi Allah. Allah itu benar. Muhammad itu benar. Al-Qur'an itu benar. Syurga itu benar. Neraka itu benar. Tidakkah anda takut bila anda terus-terusan menjadi orang kafir sedangkan bukti kebenaran terpampang di depan mata anda?

Semoga Allah akan jadikan orang-orang kafir berduyun-duyun masuk Islam. InsyaAllah.


Semoga Allah SWT merahmati kita semua.
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم

No comments:

Post a Comment